Thursday, March 10, 2011

Rozieta Said

aku lupa lah nak cerita something masa aku pergi carnival kat bts hari tu.  sedang mr. hubby nak bayar parking, aku yang takde buat apa-apa ni telah pun mencuci mata.  tengok orang lalu-lalang, sambil tu tengok pakaian, handbag & kasut yang diaorang pakai.  cis, memang dasar...!

sekali tu aku terpandang seseorang.  eh, macam kona!  orang tu pun pandang aku.  "kak ieta!", aku jerit.  dia sengih, tak kata apa pun.  dah lepas tu baru aku tahu rupa-rupanya dia tak ingat nama aku.  mmm... sabar je lah.  itulah Rozieta Said, senior masa kat convent & aspuri dulu.  rupa dia tak berubah, masih sama.  tu pasal aku boleh cam dia.

Photo courtesy of K.Ieta's album

kitaorang takde lah rapat masa sekolah, tapi kenal lah sebab dia senior.  junior macam aku ni memang penakut nak bermesra dengan senior dulu-dulu.  takut diaorang kata aku ni 'KA'.  apa KA tu?  he..he.. hanya budak aspuri je yang tahu.  tapi kak ieta macam biasa lah, happening seperti selalu.  budak convent kalau berjumpa memang havoc.  suara kitaorang berdua je yang kedengaran kat situ.  siap ambik gambar lagi. 

apa-apa pun, aku happy dapat jumpa 'kawan' lama.  bukan senang nak jumpa selepas masing-masing meninggalkan sekolah dulu.  berbelas-belas tahun.  harapan aku boleh jumpa ramai lagi lepas ni, especially my batch.  tapi ada jugak yang tak sempat jumpa sebab mereka terlebih dulu meninggalkan kami...

Al-Fatihah buat arwah Siti Sam, Azlina Md Shah & Nazureen.  semoga roh mereka dicucuri rahmat.


3 comments:

  1. serious Qila igt Said to as in "said" in eng!

    :P

    ReplyDelete
  2. haha samalah ngan missQee.. igtkan rozita che wan ckp apa2 dah..

    kadang bila kita dah lama x jumpa sesorang tu kadang kita tgk muka jer leh terus igt nama.. tp bila org pulak yg igt nama kita dulu tp kita pulak tak igt nama.. alahaiiiii... segan lak rasa.. hehe

    ReplyDelete
  3. MissQee/axelida,
    sometimes 'english language' does make us confused, right? he..he.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...