Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

maulidur rasul

assalamualaikum,

syok ke cuti?  apa-apa pun, selamat menyambut maulidur rasul kepada semua muslimin & muslimat di mana saja anda berada ~ dah macam bagi ucapan raya lah pulak ^_^  sambil-sambil cuti ni, apa kata kita kupas sedikit pengertian serta objektif mengadakan sambutan maulidur rasul ni.  ni untuk peringatan kepada diri sendiri jugak.  cuti punyalah suka, tapi pengertiannya tak tau.  so here goes.

Photo courtesy of wakafalquran30

seperti yang diketahui, kita di sini bercuti menyambut maulidur rasul iaitu hari keputeraan Rasullullah s.a.w pada 12 Rabiulawal setiap tahun.  banyak aktiviti diadakan sempena sambutan maulidur rasul ni seperti syarahan, forum, marhaban, parade, etc.  objektif diadakan sambutan maulidur rasul ni ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  semoga dengan mengingatinya, akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai dan mengambil iktibar suka-duka perjuangannya ~ al-azim.com

"sesungguhnya akhlak Baginda s.a.w ialah Al-Quran".  [HR Imam Ahmad]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...