Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

ayam goreng berempah

"mama, esok dina nak makan nasi lemak, sambal ikan bilis & ayam goreng berempah", kata dina semalam.  ewah!  sedapnya meng'order'.  ko ingat ni kedai mamak?  macam-macam ada?  tapi aku cam heran gak.  kenapa ayam goreng berempah?  selalunya dia akan request udang goreng tepung dan masak lemak suhun selain dari sambal ikan bilis yang wajib tu.  ermm...

ayam goreng berempah ~ recipe courtesy from ziah

so sebelum pergi jogging pagi tadi singgah kedai raaina beli bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.  aku jarang simpan stok makanan basah kat rumah.  selalunya bila nak masak baru beli.  tapi bahan-bahan kering seperti ikan bilis, suhun dan santan memang sentiasa ada kat rumah.  kadang-kadang, barang-barang tu sampai expired sebab jarang memasak.  hu..hu... kantoi!

jadinya lunch tadi, kami telah pun memakan nasi lemak + nasi putih serta sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah ~ sila abaikan mana-mana grammar yang salah :)  selain itu, ada 2 lagi lauk tambahan iaitu kari ikan parang & tomyam.  lauk-lauk ni diimport exclusively from hotel Seri Melaka with Puan Azizah as the masterchef.  ha..ha..ha...!

kari ni memang sedap.  terbaekk...!

anyway, it's raining heavily at the moment.  time ni, tidur memang nikmat kan?  tapi senja macam ni tak elok tidur.  walaupun dah lambat, apa kata kita minum petang?  kat secret recipe boleh?  ^_^

tak sabar nak tunggu hari selasa, cuti lagi daa...!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...