Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 20, 2011

jalan-jalan habis duit

hari tu dina ada cakap, "dah lama lah kita tak pergi KLCC".  bila aku fikir-fikir balik, betullah.. memang dah lama tak pergi.  kali akhir pergi masa disember 2010.  ish, bunyinya agak poyo di situ.  macam lah banyak duit nak pergi KLCC selalu.  aku rasa, orang yang kerja kat menara berkembar tu pun tak heran.  boleh pergi klcc hari-hari lagi.  ek'eleh, ini blog aku kan?  suka hati aku lah nak cerita apa.  ada aku kisah?

klcc unpaid models

so we left the house at about 11.45 a.m.  kalau ke klcc selalunya akan singgah di Isetan & Parkson.  takde lah beria-ia menyopping pun, beli apa yang patut je.  dapatlah beli 2-3 stuff untuk dina kat isetan.  aku pulak sempat rembat satu office wear kat parkson.  mr. hubby tak beli apa, "budget burst", katanya.  he..he...

one of the stalls di Rasa Food Arena

elok je habis beli-belah, harusnya terus blah lah kan.  tak gheti-gheti nak balik?  tapi perut macam dah lapar.  so kitaorang pun survey apa yang menyelerakan kat Rasa Food Arena at level 4.  satu food court tu kitaorang tawaf, nampak cam tak menarik je.  so terus terfikir nak makan kat Little Penang Cafe.  tapi sebelum melangkah keluar dari food court tu, telah ternampak satu stall with the name 'Penang'.  apa lagi, terus cari tempat duduk dan order.


mr. hubby makan mee kari & cendol.  dina makan nasi ayam & teh o ais.  aku pulak makan nasi goreng ikan masin & perahan air mangga.  air mangga tu memang best ~ pekat!  mak recommend ok.  we also ordered tauhu bakar & mixed fruits.


la... kata nak cari makanan yang menarik?  tak menarik pun!  for your info, kitaorang ni bukan jenis yang suka ambil risiko on food, or order something that we've never eaten.  once in a while mr. hubby ada jugak mencuba, but not for dina and I. we usually ordered apa yang kitaorang dah biasa makan.  strange isn't it?  tapi ada aku kisah?

tak habis makan lagi ke model-model ku?

dah selesai melantak, apa lagi, balik lah.  klcc pun dah jemu tengok muka kitaorang.  anyway, kitaorang balik dengan senang hati.  la..la..la..!  mana taknya, dah kekenyangan.  mata pun dah layu.

mana lagi tempat-tempat yang macam dah lama tak pergi?  Pavillion?  yeah..!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...