Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 4, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

cuti raya cina ni nampak gaya macam takde filem Kantonis yang menarik kat tv.  malam raya hari tu ada lah satu yang ok, Ip Man.  lepas tu, tunggu jugak kot-kot ada, tapi hampeh.  dah semua channel macam tak menarik, survey pulak AstroFirst.  last month kitaorang ada beli Nyangkung, so naklah tengok kalau-kalau bulan ni ada cerita baru.  ha... memang ada.  filem yang ditunggu-tunggu oleh seisi rumah.  orang lain dah lama tengok dah, kitaorang je baru nak tengok.  he..he...

Photo courtesy of the-wknd

baru je habis tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.  memang kelakar.  tapi dalam kelakar-kelakar tu, suspens jugak.  bukanlah sampai meremang bulu tapi terperanjat-terperanjat dibuatnya.  mana taknya, tetiba je kak limah tu muncul kat sebelah.  kalau terjadi kat aku, memang pengsan!  mak ni spesis penakut tahap gaban nyah!

pada pendapat aku, filem ni ok untuk hiburan.  ia adalah kesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang. itupun tengok kat tv gak. hu..hu..!  but i prefer zombi kampung pisang ~ funnier and slumber.  apa-apa pun, semoga filem-filem arahan Mamat Khalid yang akan datang bertambah menarik lagi, samada dari jalan cerita mahupun kualiti.

Photo courtesy of jiwang.org

by the way, saja nak bagitau.  aku ni sebenarnya tak berani tengok cerita seram.  takuuttt!  hatta kalau ada promo kat tv sekalipun, aku takkan tengok.  sanggup aku alih pandangan ke tempat lain.  sampai macam tu sekali.  tapi kalau komedi seram ni aku berani lah jugak. ^_^ 

cintailah filem Malaysia...!


2 comments:

  1. hahaha.... memang klakar giler walaupun seram dan terperanjat dibuatnya.....

    ReplyDelete
  2. Rozi,
    kita bakor aje. kita bakor! hi..hi.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...