Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 1, 2011

aku bukan orang KL

selamat menyambut hari wilayah.  hari ni orang yang bekerja di kl cuti.  semalam dan esok kerja.  then the next day cuti semula sempena raya cina sampai hari ahad.  fuh!  syoknya!

by the way, aku bukanlah orang jati kl.  tapi bukan pendatang haram tau!  my parents berhijrah dari Kuala Sawah, Rantau, NS ke sini sejak 1980 lagi.  memula tinggal kat lembah kelang ni, we stayed in Gombak.  itupun sambung menyewa rumah yang Pak Usop & Induk Gayah tinggalkan sebab diaorang nak pindah ke Johor.

Photo courtesy of NST

kitaorang tak lama kat situ, lebih kurang setahun je.  kata ayah, rumah tu masih ada lagi walaupun kawasan tu dah membangun sekarang.  kalau korang tau di mana Pasar Besar Gombak, rumah yang kami duduki tu ada kat seberang jalan pasar tu je.  from gombak, we moved to Selayang.

kat selayang, kitaorang still tinggal kat rumah sewa.  however, selayang agak dekat di hati kami.  mungkin sebab kitaorang tinggal kat sana agak lama, lebih kurang 5 tahun.  aku pun sempat lah khatam sekolah rendah kat Sek. Keb. Sg. Tua Bahru.  masa kat sini, my parents decided tak nak menyewa lagi.  so they bought an apartment in AU3.

Photo courtesy of Dromoz Directory

so kami pun pindah ke AU3 masa aku nak naik sekolah menengah.  kitaorang stay kat sini sampailah sekarang.  sampailah aku habis sekolah menengah, masuk itm & graduate.  sampailah aku dah kahwin dan ada anak.  sampailah arwah mak dah takde.  sampailah dina dah masuk sekolah.  sampailah ayah pun dah pindah ke rumah lain.  sampailah ... etc, etc, & etc.

sampai bila ya?


2 comments:

  1. ooo.... gitu rupanya cerita dia. Tak tau pun kak Julie n family tinggal kat umah lama kitaorang kat gombak tu....

    ReplyDelete
  2. Rozi,
    itu lah ceritanya. Ada jugak sekali-sekala terlalu kat situ. Rumah tu dah jadi kedai mkn kalau x silap. Tp kat atasnya masih ada org tinggal kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...