Friday, January 28, 2011

ladies luncheon

hari ni boss takde.  majority Associate Director and above kat dept. ni pergi Leadership & Aspiration Workshop kat Putrajaya.  dept. pun sunyi sepi.  secretary pun apa lagi, bergumbira lah.  tapi bukan lah sampai berparti, still work as usual, cuma tak lah stress macam selalu.  keluar lunch pun boleh lah lama-lama sikit...!  ^_^

from left:  Lina, Maliz & K. Zai

so tengahari tadi we secretaries pergi lunch together-gether.  dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.  kita 12 orang pergi serbu Sisters Kitchen kat Menara Hap Seng.  memang meriah!  bila dah ramai macam ni, segala macam cerita keluar.  gossip jangan cakaplah, berbakul-bakul.  memang dasar... ~ termasuklah aku!  bila ada topik yang kelakar je, suara jantan kitaorang jelah yang kedengaran kat situ.

from right:  Fiona, Kai Shin, Adelin, Ida & Suhada

aku tak done nak ambik gambar makanan kat sana tadi.  sibuklah... sibuk bergosip.  hu..hu..!  cuma sempat rakam makanan yang aku order je.  aku ambik set Seafood Siam Lemak Laksa + drinks + 2 kuihs.  members ada yang order shrimp fried rice, nasi lemak with fried chicken, seafood porridge, crispy popiah & seafood soup noodle, to name a few.


bila nampak nama-nama makanan yang aku mentioned tu, tentu ada yang beranggapan "alah, kat mana-mana pun boleh dapat makanan tu".  betul tak?  ya, betul.  tapi yang penting, ada kenangan di situ.  percaya atau tidak, aku tak pernah lunch dengan most of them.  my lunch partner selalunya either with maliz or ziah.  dengan K. Zai pernah lah 2-3 kali.  yang lain-lain, never!

from left:  Azlinah, K. Zal, Siti & Yati

so bila ada peluang yang macam ni kitaorang tak nak lepaskan.  dah lama kerja sebumbung, berbelas-belas tahun.  cuma Lina, Kai Shin, Ida, Suhada & Yati je yang merupakan new generation.  entah bila lagi kitaorang boleh berkumpul macam ni.  insya'allah, kalau panjang umur, bolehlah together-gether lagi.


2 comments:

  1. Padulikaaannnn aper orang nak kata.. yg penting KO ADO..??!! Pelikx tp benar.. orang ingat bile kite upload pic kt fb or blog org ingat kite nak menunjuk2 padahal.. kite nak share ngan kengkawan kenangan kite.. yg bole dijadikan info.. eehhhee.. tak pahamlah sikap manusia... Betul x? anggukkan monitar tanda setuju.. hhheee..hhheee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...