Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 20, 2011

jom jogging!

pagi ni first time aku pergi jogging selepas hampir 5 bulan tak berjogging.  seingat aku, last sekali seminggu sebelum puasa tahun lepas.  dah lepas raya, buat operation pulak.  delay lagi.  then ingat nak start awal tahun ni, tapi cam malazzz je.  so hari ni aku gagahkan diri jugaklah.  exercise ni yang payah nya bila nak buat yang mula-mula tu.  dah lepas tu ok je.

sebenarnya, aku bukanlah berlari pun.  jogging konon, poyo je lebih.  cara aku bersenam ialah berjalan laju-laju.  takde nya nak buat sit-up ke, berlari-lari anak ke, tekan tubi ke, ntah apa ke benda nya lagi lah.  tu je lah kudrat yang aku ada pun.  tapi yang bestnya, banyak berpeluh.  bukan peluh tu, lemakkk...  hi..hi..hi..!

Photo courtesy of SK Setiawangsa

aku fikir, masa aku mc sebulan setengah tu lah yang buat cutting aku semakin membesar.  he..he.. ada hati tak nak mengaku dah gemuk.  mana taknya, tengahari & malam makan nasi.  hari-hari pulak tu!  sebelum operate dulu aku bukan lah kurus pun, sangatlah sihat walafiat nya.  tapi yang buat aku realise is when most of my working attire dah ketat.  bukan setakat pinggang je, cincin pun ketat.  apa cer?  sendiri mau ingat lah beb!

nasib baik mr. hubby pun sebenarnya memang dah lama ajak pergi jogging ni.  so on je lah.  kitaorang berdua je pergi, dina tak ikut.  tak kuasa nak pergi jauh-jauh, jogging kat padang awam setiawangsa je.  now badan rasa ok lagi, tak tau lah kalau pagi esok sendi-sendiku sakit semua.  makcik dah tuo!

let me tell you ~ hips don't lie!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...