Saturday, January 1, 2011

azam berazam

alhamdulillah, bertemu kita lagi di tahun 2011 ni.  ada azam baru untuk tahun baru ni?  tapi sebelum tu, azam 2010 dah terlaksana ke belum?  kalau belum tu, tak payah lah susah-susah fikir apa azam untuk tahun baru ni.  sambung je azam dari tahun lepas tu.  hi..hi...

aku ada gak azam.  tak tanya pun!  tapi azam aku sama je tiap-tiap tahun.  kiranya, azam tahun sebelumnya dah terlaksana, so bila masuk tahun baru, renew azam yang sama gak.  azam aku nak kumpul duit dari awal tahun supaya boleh pergi bercuti pada hujung tahun.  bila sampai hujung tahun dan duit dah habis sebab bercuti, buatlah azam semula.  boleh tak macam tu?  tu kira azam jugak kan?  ^_^

semoga ikatan kekeluargaaan ini terus kukuh & abadi hendaknya.  amin..!

apa-apa pun, semoga di hari-hari yang mendatang nanti, kita menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya.  juga, semoga kita diberkati dalam apa jua yang kita lakukan di dalam kehidupan sehari-hari.  insya'allah.

insya'allah, insya'allah, insya'allah, you'll find your way.... ~ Maher Zain

pada pagi tahun baru ni, aku masak breakfast.  did you hear me wrongly?  kalau nak tau, sebenarnya aku paling jarang prepare breakfast.  selalunya orda saja, senang & mudah.  tapi sejak petang semalam, tak ku sangka mood memasak datang dengan sendiri nya.  mungkinkah ini azam tahun baru?  mungkinkah ....?

puding roti & sos kastad serta mee hoon goreng tomyam

puding roti tu lewat petang semalam aku bakar.  manakala sos kastad baru dimasak pagi ni.  semalam tak sempat nak siapkan sebab pergi dinner kat Ameen Bistromakan kat kedai lagi!  mee hoon tu pulak baru je selesai aku kungfu setengah jam yang lalu.  nak makan sekarang lah, dah lapar.

jemput makan.  ada bran?

2 comments:

  1. Salam kenal,

    at last u got u in my list.. Azam lama banyak yg perlu dilunasi..

    ReplyDelete
  2. Yan,
    ya ke? anyway, all the best for 2011 ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...