Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 8, 2010

fresh from home

it's been a week after my operation.  alhamdulillah, setakat ni takde apa-apa complication.  harap-harap takde apa-apa lah kan.  cuma ada masa-masanya terasa pedih & menikam kat dalam perut.  mungkin luka kat dalam tu belum sembuh lagi kot.  padahal aku dah minum pati ikan haruan + ginseng Polleney selama 4 hari berturut-turut dah ni ~ Polleney kena bagi komisyen ni sebab aku dah promote baik product dia.  paling koman pun jadi spokeperson.  he..he...

mesti korang tak percaya camana aku boleh telan benda alah tu kan?  aku sendiri pun tak caya.  macam fear factor.  termasuk hari ni, dah 4 botol.  steady aku!  hu..hu...  mostly orang yang aku tanya bagitau bau & rasa nya hanyir.  kata ziah pulak, dia masih boleh ingat bau nya walaupun anaknya Aiman dah berumur 12 tahun.  masa aku bersalin dulu ada orang bagi tapi aku tak minum, aku pass kat orang lain.  tu pasal lah aku tak tau rasa pati ikan tu macam mana. 

Photo courtesy from Huamao

selepas mendengar nasihat dari beberapa orang termasuklah En. Khairil ~ my hubby's boss, aku rasa tak salah mencuba.  tapi kata-kata dari Ayah Chu lah yang buat aku terus suruh my hubby beli.  "better minum pati tu sebab luka kat luar nampak baik, tapi luka kat dalam kita tak tahu."  aku fikir, betul pun cakap ayah chu tu.  aku memang nak cepat sembuh & sihat.

so pada pendapat aku lah kan, kalau korang nak cuba pati ikan haruan tu, elok yang ada ginseng lah.  takde lah rasa hanyir sangat kot sebab ada rasa macam air akar kayu.  tapi kalau nak jugak minum yang takde ginseng tu, suka hati lah.  ada aku kisah?  he..he... 

doktor bagi mc for 6 weeks.  jangan jealous!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...