Sunday, October 17, 2010

12th Anniversary

alhamdulillah.  hari ini genap 12 tahun aku memegang title isteri.

aku bersyukur kepada Allah kerana dijodohkan dengan dia.  aku tau sebagai manusia takde sapa pun yang perfect.  kita bukan maksum macam nabi & malaikat.  my hubby tak terkecuali.  tapi selama aku hidup dengan dia, aku kenal dia luar & dalam, aku rasa aku boleh simpulkan dia seorang yang macam mana, walaupun bukan 100%  he..he..


dia seorang yang baik, bertanggungjawab, jujur ~ tak tau lah kalau kat belakang aku kena kelentong, serius tapi ada masa kelakar gak, memahami walaupun kengkadang buat-buat tak faham, mengambil berat, menghormati, peramah sampai banyak makcik-makcik suka, lembut tetapi tegas, anak yang baik; dan pemurah bila ada $$$.  ada lagi tapi di saat aku sedang menaip ni, itu je lah yang aku boleh ingat.  kalau taip banyak-banyak kang ada pulak yang meluat.  "macam lah suami dia sorang je yang baik."  ha... tu tak mustahil tu.

as Muslim we believe that Allah has written our destiny in Loh Mahfuz.  tapi aku tetap nak berterima kasih pada maliz sebab telah memperkenalkan kami hingga ke jinjang pelamin.  aku doakan semoga dia pun menemui jodoh yang baik satu hari nanti.  amin.

ok tak gambar nikah kitaorang?  maintain kan?  hu..hu... 

4 comments:

  1. kadang2 intai blog ni selalu keliru
    sebab adik ipar namanya azni dan isterinya yuana

    mcm dekat2 je nama.

    btw - selamat ulangtahun perkahwinan, semoga dirahmatiNya dalam kehidupan yang mendatang

    ReplyDelete
  2. Kujie,
    terima kasih sbb sudi singgah walaupun sekadar mengintai :)

    moga2 ikatan suci ini makin kukuh & berkekalan hendaknya. amin.

    ReplyDelete
  3. slamat ulang tahun semuga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. asnah58,
    terima kasih.

    insya'allah, dgn izinNya. amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...