Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 1, 2010

Dina is 11

happy birthday dina!!!  hari ni birthday dina yang ke-11.  dah besar dah anak aku.  aku pun bukannya muda lagi hi..hi...  tahun ni kira tahun ke-3 birthday dia jatuh dalam bulan puasa, so memang takde celebration lah.  kesian...

Photo courtesy from www.mingomingo.net

masa kitaorang pergi aeon semalam dia ada bagi hint nak buka puasa kat luar.  kira macam celebrating her birthday lah. kesian pulak.  aku pun bagitau hubby & dia pun bagi greenlight untuk berbuka kat luar. dah alang-alang kat sana, terus buat reservation kat restoran Asam Pedas Melaka by Mingo Mingo.

untuk hadiah pulak, dina pernah mintak game board - Anti Monopoly.  aku rasa macam tak berbaloi je beli benda alah tu sebab dia dah pernah ada, cuma lain version je.  harganya pun tak masuk akal.  since dia suka sangat baca novel, hubby cadangkan beli novel je lah sebagai hadiah.  dia kata kalau macam tu, dia nak 3 buah novel.  ha... ambik ko!  3 novel sekali.

Image courtesy of http://pts.com.my

Image courtesy of http://pts.com.my

Image courtesy of http://pts.com.my

in fact, hari Ahad lepas dina dah dapat satu hadiah dari mak mertua+boy+qila.  a week before that masa berbuka kat cheras, mak mertua ada tanya dina nak hadiah apa.  dia tak jawab, malu lah kononnya.  bila bukak, tengok-tengok dapat frame.  ha.. tu lah, sapa suruh tak nak cakap.  menyesal suda..!  tapi frame tu eeiii.. comel sangat, aku pulak yang suka.  fyi, aku memang suka barangan yang comel-comel.  *hint*  :)

Comel kan?

bukan setakat budak-budak je yang suka dapat hadiah.  mak & bapak budak pun suka gak.  hu..hu...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...