bila aku ingat balik barang-barang lama tu, aku teringat zaman aku sekolah dulu. masa sekolah rendah aku kecik lagi, so macam tak banyak kenangan masa tu. darjah 1 kat SK Gombak Setia. kat bawah ni aku sertakan gambar masa darjah 1. cuba teka mana satu? hu..hu... tapi darjah 2 - 6 sekolah kat SK Sungai Tua sebab kitaorang berpindah ke Selayang.
Darjah 1A1
Dari kiri: Taufik, Lokman, Nurul Fariha, Hartini, Ainul Zaleha, aku, Norhamidah, Khairulizam & Saiful Bahri
Old Badge
Image courtesy from SMK Convent Seremban (Alumni)
bulan yang pertama memang tension tahap gaban, beb. rasa stressed sebab tak kenal sesapa. budak2 kat sekolah pulak semedang je speaking london. melayu ngan melayu pun cakap omputih. lagi lah aku senggugut. oh ya, aku sekolah kat SMK Convent Seremban. dan lagi satu stressed sebab kena tinggal kat asrama, Asrama Puteri Melayu, Seremban. tak pernah terfikir pon!
Tingkatan 1 Intan
masuk bulan ketiga dah ok sikit. bila aku rasa classmates dah boleh terima, baru rasa tak stressed & felt that I was part of the 'community'. memang banyak kenangan kat convent. pahit, manis, masam, masin, bercampur baur. bila students semuanya perempuan, macam-macam perangai ada. adik angkat, kakak angkat, even kakak angkat yang bernama Boy dan Man pun ada. jangan tak tau..!
Tingkatan 3 Intan
"... the land on which the Convent stood was taken by Metrojaya for development. Development, however, was stalled leaving an abandoned project. This was due to the stagnation of water, three storeys deep. The developers abandoned the site which now sits as a huge, unused lake in the centre of town." ~ Wikipedia
Sports Day '89
Photo courtesy from The Star Online
Photo courtesy from SMK Puteri Seremban
Selepas pengunduran Jepun pada 1 Oktober 1945, Sekolah Menengah Convent telah dibuka semula dan menerima 800 orang pelajar. Bermula dari titik itu Sekolah Menengah Convent terus berkembang dari aspek pembangunan fizikal mahupun enrolmen pelajar." ~ SMK Puteri Seremban
Present Badge
Image courtesy from Kelab ERT SMK Puteri
bila terkenang masa lalu rasa terharu, segalanya masih kekal dalam kenangan...
teman seiring jalan kini jauh dariku, kemesraan kita tetap dalam kenangan...
saya tak berkesempatan untuk merasa suasana Convent tetapi kenangan selama 5 tahun di PUTERI cukup indah dan bermakna =D
ReplyDeletesegala ragam yang ada di Convent ada di PUTERI~
semangat Convent tetap ada di PUTERI \^.^/
*yes, there are still malay student who speak english with other malay student but not many like before =) please keep supporting SMK PUTERI ! xD
hi Nurul Farzanah,
ReplyDeletethank you for dropping by.
yes, those times in convent are sweet memories. i'll treasure them for the rest of my life ^_^