Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 28, 2010

walking down memory lane...

sometime last week i got a forwarded email from my colleague, Zarina.  memang kelakar.  mana taknya, dalam email tu ada gambar beberapa barangan yang pernah popular masa kita muda-muda dulu.  'kita' di sini merujuk kepada sesapa yang seangkatan dengan ahkak ya..bukan tua, tapi lama... he..he...  apa barang-barangnya?  korang boleh baca kat sini dan sini

bila aku ingat balik barang-barang lama tu, aku teringat zaman aku sekolah dulu.  masa sekolah rendah aku kecik lagi, so macam tak banyak kenangan masa tu.  darjah 1 kat SK Gombak Setia.  kat bawah ni aku sertakan gambar masa darjah 1.  cuba teka mana satu?  hu..hu...  tapi darjah 2 - 6 sekolah kat SK Sungai Tua sebab kitaorang berpindah ke Selayang.

Darjah 1A1
Dari kiri:  Taufik, Lokman, Nurul Fariha, Hartini, Ainul Zaleha, aku, Norhamidah, Khairulizam & Saiful Bahri

dari selayang, kitaorang pindah pulak ke AU3.  tapi aku tak sekolah kat KL sebab arwah mak nak aku sekolah kat seremban dan tinggal kat asrama.  "kalau tak, tak jadi orang nanti", kata arwah mak.  eh.. aku ni bukan orang ke, bukan manusia ke & not a human being ke?    wakakaka...!!! 

Old Badge
Image courtesy from SMK Convent Seremban (Alumni)

bulan yang pertama memang tension tahap gaban, beb.  rasa stressed sebab tak kenal sesapa.  budak2 kat sekolah pulak semedang je speaking london. melayu ngan melayu pun cakap omputih.  lagi lah aku senggugut.  oh ya, aku sekolah kat SMK Convent Seremban.  dan lagi satu stressed sebab kena tinggal kat asrama, Asrama Puteri Melayu, Seremban.  tak pernah terfikir pon!

Tingkatan 1 Intan

masuk bulan ketiga dah ok sikit.  bila aku rasa classmates dah boleh terima, baru rasa tak stressed & felt that I was part of the 'community'.  memang banyak kenangan kat convent.  pahit, manis, masam, masin, bercampur baur.  bila students semuanya perempuan, macam-macam perangai ada.  adik angkat, kakak angkat, even kakak angkat yang bernama Boy dan Man pun ada.  jangan tak tau..!

Tingkatan 3 Intan

i have lot of fond memories in convent.  classmates, teachers, seniors, juniors, school hall,  classrooms ~ ex-conveniets, keep imagining as i mention these places ~ canteen, field, labs, library, surau, volleyball court, corridor, computer lab.  and some of school activities that i can still remember were english week, bahasa week, school's open day, sports day & voting day.  unfortunately, sekolah ni dah takde lagi...  nak tunjuk kat dina pun tak dapat.

"... the land on which the Convent stood was taken by Metrojaya for development. Development, however, was stalled leaving an abandoned project. This was due to the stagnation of water, three storeys deep. The developers abandoned the site which now sits as a huge, unused lake in the centre of town." ~ Wikipedia

Sports Day '89

padang sekolah convent walaupun sekangkang kera, tetap jadi kenangan.  rasa sedih & sayu bila lalu kat situ dan tengok bekas tempat aku pernah belajar bersungguh-sungguh ~ ya lah tu... dan marching sampai bertasik ketiak dulu dah jadi macam ni...  ground zero!  ~ lake to be exact.

Photo courtesy from The Star Online

"Former students of the convent sigh in dismay when they pass by the site." ~ The Star Online.  aku rasa semua ex-convenites mesti berperasaan sama.  kalau diorang tak beria-ia nak buat shopping complex dulu, mesti convent masih ada lagi kat situ.

Photo courtesy from SMK Puteri Seremban

"Sejarah penubuhan SMK Puteri sememangnya tidak dapat dipisahkan dari asal-usul kewujudan Sekolah Menengah Convent, Seremban yang ditubuhkan pada 3 Oktober 1904 oleh Residen British Mr . Weld.

Selepas pengunduran Jepun pada 1 Oktober 1945, Sekolah Menengah Convent telah dibuka semula dan menerima 800 orang pelajar. Bermula dari titik itu Sekolah Menengah Convent terus berkembang dari aspek pembangunan fizikal mahupun enrolmen pelajar." ~ SMK Puteri Seremban

 Present Badge
Image courtesy from Kelab ERT SMK Puteri

a new schoold was built near Taman AST and now it is known as SMK Puteri Seremban.  aku cuba gak google website dia kot-kot ada cikgu zaman aku sekolah dulu still mengajar kat situ.  memang ada!  Puan Azimah Ambrose, guru kelas masa Form 3 & Form 5.  apa khabar Cikgu?
 
bila terkenang masa lalu rasa terharu, segalanya masih kekal dalam kenangan...
teman seiring jalan kini jauh dariku, kemesraan kita tetap dalam kenangan...

2 comments:

  1. saya tak berkesempatan untuk merasa suasana Convent tetapi kenangan selama 5 tahun di PUTERI cukup indah dan bermakna =D
    segala ragam yang ada di Convent ada di PUTERI~
    semangat Convent tetap ada di PUTERI \^.^/
    *yes, there are still malay student who speak english with other malay student but not many like before =) please keep supporting SMK PUTERI ! xD

    ReplyDelete
  2. hi Nurul Farzanah,
    thank you for dropping by.

    yes, those times in convent are sweet memories. i'll treasure them for the rest of my life ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...