Saturday, June 5, 2010

Benci Bilang Cinta vs Princess Hours


baru je habis tengok sinetron benci bilang cinta kat astro ria.  pernah terbaca pasal sinetron ni masa ia masih shooting 2006 dulu.  pelakon utama sinetron tu ialah marsyanda dan baim wong.  kat luar filem, diaorang memang real couple masa tu.  sekarang tak lagi lah.

Photo courtesy of http://sinetron.forumco.com

sesapa yang tengok cerita ni mesti perasan yang cerita ni adaptasi drama korea Goong a.k.a princess hours, pun tahun 2006 tu kan?  bulat-bulat dia follow!  satu je bezanya, orang kaya dalam sinetron tu pemilik stesen tv manakala goong pulak keluarga diraja.

tapi layan gak lah sebab cerita goong tu pun dah lama tak ulang tengok.  nak tau mana yang best, tentu lah yang original.  soundtrack dia pun best-best, walaupun tak faham..hu..hu...  masa beli dvd dulu, cerita tu belum tayang lagi kat tv m'sia.  dvd tu versi hong kong kalau tak silap, sebab takde subtitle melayu.  tapi beli kat kedai cd petaling street je..he..he...

Photo courtesy of www.avistaz.com

anyway, sesapa yang berminat, boleh lah follow.  kalau tak, try tengok versi asal yakni drama goong tu lah.  yang menarik tentang cerita tu sebab konon-konon nya kat korea masih ada institusi beraja tapi versi moden.  padahal, korea mana ada raja dah.  cerita tu boleh lah dikatakan romantic-comedy.

paling suka masa scene kat pantai.  lagu nya pun best.  title dia Perhaps Love or sarang ingayo in korean.  tak faham takpe, layan je sebab melodi nya best...la..la..la..

...sarang ingayo geudae nawa gattamyeon sijak ingayo.....

Photo courtesy of www.velverse.com

2 comments:

  1. hahahahaaa..
    sy pun da gila cerita ni!
    ;)

    ReplyDelete
  2. kelakar kan? tapi Princess Hours lagi kelakar! nanti tengok lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...