Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 30, 2010

tak bermaya

"tak bermaya lah cik mon!"  mungkin ada yang pernah dengar iklan tu kat radio kan?  kalau tak pernah dengar, tak dapek lah den nak nolong!

la ni, itu lah yang badan aku rasa sekarang.  letih, lesu, penat, mengantuk, complete package.  mana tak nya, hari jumaat hari tu kitaorang sekeluarga pergi jb by car.  lepas check-in, naik teksi masuk singapore sebab nak menziarah Makmok.  aku sibuk kat ofis sangat khamis lepas, sampai tak done nak tukar currency. 

Photo courtesy of www.onlineforex.net

bila sampai kat Bugis, macam nak gila carik money changer.  dalam setengah jam gak lah mencari.  dah lah ramai orang kat situ sebab perayaan wesak.  bertasik ketiak!  hua..hua..hua...  dari muka hubby, aku tau dia dah hangin satu badan.  dari situ, kitaorang naik MRT sebab takut jalan jam.  sampai station Clementi, naik bas pulak ke Clementi West 2.  fuh!  memang adventurous habis lah.

agak-agak dalam setengah jam kat rumah makmok, dah nak balik.  atuk nak bawak kitaorang pergi dinner kat Arab Street sebelum hantar kitaorang kat taxi station.  sampai jb about 8.45 p.m.  memang melepek habis kitaorang.  lotih!!!  aku rasa, faktor cuaca pun memainkan peranan gak ni.  panas kering kat jb, mungkin sebab dekat dengan laut.


belum habis penat lagi, kitorang nak balik kl pulak.  we left jb about 11.45 a.m yesterday.  singgah r&r Pagoh & Air Keroh.  sampai kl dalam 5.15 p.m.  hujan lebat.  singgah rumah mak mertua kat cheras lebih kurang sejam setengah.  pukul 7.40 p.m. baru sampai rumah, alhamdulillah.  tidur mati agaknya kitaorang malam tadi :)

kerja suri rumah mana pernah abis, ya tak?  since pagi tadi membasuh & kemas rumah.  tu masih ada lagi dalam washing machine.  2 round dah settled, ada 1 round lagi.  esok dah nak kerja.  tapi macam mana penat sekali pun, aku tak kisah sebab dapat menziarah makmok.  tak tau bila lagi nak pergi sana.

kalau takde aral melintang, weekend ni nak rehat puas-puas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...