Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 25, 2009

syawal dirindui...

bulan syawal baru je habis isnin lepas. puasa 6 sempat buat tak? tahun ni banyak betul jemputan untuk open house, maklum lah, raya setahun sekali. memang meriah! tiap2 minggu ada je jemputan. kadang-kadang tu, 2-3 jemputan dalam sehari. mana yang sempat, kita pergi lah. yang tak sempat tu, insya'allah, kalau panjang umur, raya tahun depan lah kita pergi. itu pun kalau dijemput lagi :) tapi yang paling best bila pergi open house ni, dapat jumpa saudara mara atau kawan2 yang dah lama tak jumpa. mungkin raya tahun lepas kita jumpa, raya tahun ni baru jumpa balik. syok kan?

la ni, towards the end of the year, jemputan majlis kahwin pulak. last week 2 jemputan, satu untuk minggu ni & minggu depan ada satu lagi. tak tau lah kalau ada lagi lepas ni. alhamdulillah, kita kat sini masih dapat menjayakan sesuatu majlis walaupun zaman gawat sekarang ni. ekonomi dunia yang merudum ni nampaknya tak menjejaskan kita untuk meraikan apa saja perayaan atau majlis. bersyukur kepada Allah. harap2 tahun depan ekonomi ok lah kan.

agak-agak, sempat tak kita jumpa lagi syawal tahun depan...?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...