Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 30, 2015

suatu hari yang bersih

semalam, tak macam hari-hari sabtu yang biasa.  jalan raya sikit punya bersih weh!  err...   maksud aku tak jammed, jalan raya clear.  mungkin ramai orang stay kat rumah sebab takut jalan jammed.  maklumlah, kan banyak jalan tutup sebab ada raptai hari kebangsaan.

sepatutnya pagi tu nak buat rawatan acupunture, tapi tak jadi sebab dah terlambat keluar dari rumah.  apa lagi, kitaorang terus je buat de-tour ~ ke KLCC lah kita  ^_^  sebenarnya, ada barang nak beli untuk dina.  sekejap je pun kat KLCC.


disebabkan outing, maka gantung kuali lah nampaknya.  kata bersih, mestilah dapur pun bersih sekali kan? #wink  selesai urusan, kitaorang ke Jalan Tengah untuk lunch.  kebetulan aku ada voucher Groupon yang akan expired 31hb Ogos.  bila lagi nak pergi?  tinggal 2 hari je lagi bulan Ogos.  baiklah guna sekarang.


cafe tu dekat je dengan ofis aku.  tempat tu, Delicious Cafe, terletak di St. Mary Residences.  aku memang dah plan nak pergi outlet kat situ masa beli voucher Groupon tu.  sebelum ni aku dah pernah makan kat outlet Delicious di Mid Valley dengan Qila.


cafe tu lengang je.  masa kitaorang sampai, lebih kurang 12.30 tengahari, takde pengunjung pun.  patutlah masa aku buat reservation hari tu, pekerja dia kata tak payah buat reservation masa weekend.  memang tak ramai orang.  tapi kalau lunch time waktu bekerja, wajib  buat reservation dulu.


cafe tu simple je, tapi menarik.  yang penting, bersih.  takde decoration yang elaborate sangat.  tapi ada sangkar burung yang menjadi trademark Delicious cafe.  harga voucher yang aku beli memang harga bersih kot.  kalau takde discount, memang mak tak mampu nokkk...!


seperti yang termaktub in the Delicious Sharing Platter voucher, kita pilih food dari menu yang dah siap-sedia diselect oleh pihak Delicious.  we chose Delicious Club Sandwich, Beef Meatball Spaghettini and Spring Chicken in Chilli, Coriander & Lemon for the main course.


sandwich didatangkan dengan Spicy Chicken Wings manakala spaghetti pulak came together with Caesar Salad with Crispy Turkey Bacon, Poached Egg, Parmesan & Garlic Bread.  kenyang giler beb!  siap boleh tapau lagi sebab tak habis makan.


walaupun dah kenyang, there were still some rooms for desserts.  hehe...  for desserts, we can choose any 2 cakes of our choice.  untuk drinks pulak, kitaorang pilih 2 iced lemon tea dan 2 lemonade.  err..., sebenarnya, platter ni untuk 4 orang.  tu pasal kitaorang dapat 4 gelas air.  hehe...


rambang mata masa nak pilih desserts.  semua dalam display rack tu nampak sedap.  at the end, dina pilih Lemon Meringue Pie.  aku tak nak pilih yang terlalu manis atau berkrim atau bercoklat, aku nak yang ringan sebab food dah berat.  so i chose Coconut Cake with Fresh Thai Coconut.


aku tak sempat nak rasa lemon meringue pie tu.  nampak macam manis sangat.  tapi coconut cake tu memang sedap.  sangat light macam sponge cake.  kelapa kat atas kek tu lemak-lemak masin.  mmm... dap!


usai makan, kitaorang terus bergegas balik.  takut tersangkut dalam jammed kat memana ke kan.  masa kitaorang balik tu, adalah 3 meja yang diduduki pengunjung.  best kan?  aku suka suasana yang tak crowded macam tu.  rasa aman bila nak makan.  i'll sure be back in the near future.  hehe...


kitaorang tak pakai baju kuning, tapi kitaorang pakai baju 'bersih' sangat  (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...