Sunday, May 31, 2015

Apit & Ara

sabtu minggu lepas sepupu aku, si Apit kahwin.  kalau diikutkan, Apit ni sepupu yang last sebelah ayah aku.  dengan kata lain, Apit ni anak bongsu kepada adik bongsu perempuan ayah aku, Achiktapi sebenarnya, aku masih ada lagi cousins (extended) sebelah ayah yang belum kahwin, budak-budak lagi.  lain kali lah aku cerita ya.


untuk majlis kahwin Apit, family Achik decided to have the event kat Dewan Merdeka, Rembau.  bila tanya Achik kenapa tak buat majlis kat rumah macam yang lepas-lepas, Achik kata tak dah tak larat.  siapa pulak nak tolong.  makcik-makcik yang biasa menolong dah takde lagi kat kampung.


anyway, katanya majlis start pukul 11.30 pagi.  kitaorang bergerak dari rumah pun dah pukul 11.20 pagi.  hai hai hai … orang pangkal pun lambat.  acaner tu…  masa kitaorang sampai, dah ramai tetamu yang sampai.  yang dah nak balik pun ada.  sekali terjumpa makcik aku, Nokmak, dan sepupunya,  Kak Padil.  oklah, ada jugak geng, boleh duduk semeja.

"...ompek, satu, sonyum lebar..."

lepas habis makan, kitaorang tak terus balik.  dah lah datang lambat, ada hati nak balik awal.  huhu!!!  kitaorang tunggu sampai pengantin datang, bersanding serta makan beradab.

mertua vs. menantu  ^_^

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Apit & isterinya, Ara.  semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

macam mana ayah boleh terselit makan kat meja pengantin pun aku tak tau *_*

lepas tu baru kitaorang balik.  dalam perjalanan ke KL, kitaorang singgah di Bangi Sentral.  kawasan baru tu bakal jadi macam di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.  buat masa ni, keadaan masih sedikit terkawal.  tunggu lah sikit masa lagi.


butik-butik pun belum banyak lagi kat situ.  antara yang ada ialah Sugarscarf, Radiusite, Cala Qisya, Bella Ammara & Rina Salleh Clothing.  kebetulan masa tu opening Imaan Boutique, itu pun dah buat sesak kat tempat parking.  macam serik je nak ke situ lagi.


tak sabar nak ke pusat pakaian muslimah di Jalan Padi Emas minggu depan  (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...