Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 20, 2014

shopping & cosy

hai korang.  apa agaknya aktiviti masa cuti Hari Malaysia hari tu?  jalan-jalan ke, beriadah ke, or just lepak-lepak malas kat rumah?

Photo credit to Republika Online

aku ni tiap kali cuti, ada je alasan nak keluar.  nak cari barang dapur lah, barang mekap lah, barang penjagaan diri lah.  pendek kata, ada je yang nak dibeli.  janji keluar.

tapi tak sangka pulak aku ni lebih kurang macam Luvelymummy.  panas vonts kalau duduk rumah lelama.  hahaha!  oklah tu my biras.  give me five!  (^_^)


cuti hari tu kebetulan mr. hubby nak cari barang.  so kitaorang pun ke Alpha Angle Wangsa Maju.  dah lama tak ke situ.  nampak beberapa tenant dah bertukar dan ada sedikit renovation dilakukan kat dalam bangunan tu.


kitaorang pun masuk ke Aeon and we went directly ke bahagian yang memang kitaorang nak pergi.  pilih punya pilih punya pilih mana yang sesuai.  kalau sesuai dengan kita tapi tak sesuai dengan budget, tak jadi jugak kan?  huhu!!!


cuba punya cuba punya cuba.  finally mr. hubby beli satu beg sandang & wallet.  mr. hubby tak pernah tukar wallet sejak kahwin.  boleh bayangkan tak macam mana ghoper nya?  usai membeli, perut terasa lapar.  memang saja je pun plan keluar dekat-dekat time lunch.  hikhikhik!

dari seksyen 1, kami ke Jalan Wangsa Delima 2A.  aku teringin nak makan kat satu restoran ni.  aku dan mr. hubby dah pernah ternampak restoran ni a few weeks ago.  dari luar, nampak cantik je.  nampak cozy je.

Photo credit to Cosy Place

Photo credit to Cosy Place

nama restoran tu Cosy Place.  deko restoran tu dari luar memang cantik.  ala-ala english deco.  kat dalamnya pun cantik jugak.  cuma pencahayaan kat dalam restoran tu agak kurang sikit.  mungkin konsep dia memang macam tu kot?



tiba masa untuk order makanan.  tak tau nak order apa.  bila mr. hubby tanya waiter apa specialty restoran tu, waiter tu tak boleh nak jawab.  acaner tu?


sudahnya order je lah apa yang terlintas kat fikiran.  takkan lama benor nak memikir ya tak?  we ordered creamy mushroom soup for appetizer.  dina order seafood pasta, mr. hubby order mushroom bruschetta dan aku order grilled beef burger.


apa yang boleh aku katakan pasal restoran ni...  deko ok.  service ok.  food just ok.  itu je lah kot aku punya review pasal restoran ni.  and not forgetting, thanks to dina for being the photographer for that day.  hehe...

hari ni & esok adalah cuti.  apakah?  *hint*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...