Saturday, August 23, 2014

suka duka syawal ~ part i

assalamualaikum,

amacam sambutan lebaran korang?  ok ke idok?  dengan keadaan yang melanda negara serta beberapa negara Islam di luar sana yang tidak aman, pasti ramai yang menyambutnya dengan kadar sederhana kan?



kitaorang pun macam tu jugak.  sederhana, tapi meriah.  cuma kengkadang tu bila dah terjumpa waghih dan suku-sakat, penyakit amnesia tu datang.  gelak tak hengat!!!  astaghfirullah al’azim...


seperti biasa setiap tahun, amalan menziarah waghih-waghih di Rantau & Rembau pada raya pertama & kedua sudah menjadi tradisi.  namun kurang meriah sebab nenek saudara di sebelah mak dijemput Ilahi pada malam hari raya pertama.  memang mengejutkan sebab kitaorang baru je melawat arwah di hospital 4 jam sebelum tu.  innalillahhiwainnailaihi roji’un.



tapi lain pulak halnya di Seri Melaka.  walaupun sederhana, tetap meriah.  mungkin sebab bilangan ahli keluarga yang ramai kot.  dan rasanya, raya tahun ni paling banyak ambik gambar.  so aku akan kurangkan bercerita, biar gambar je yang berbicara ya.

mil & fil
  
menantus 

Qiesya siap pegang tangan papa tuh.  hehe...

kalau korang notice, gambar-gambar kat sini sizenya tak standard.  mana tak, bila dah ramai, memasing ambik gambar pakai handphone sendiri.  tu yang macam-macam size tu.  banyak sumbernya.

cousins with aunty

Qiesya dah mengantuk ya?

mama pun dah mengantuk jugak... ^_^

to Azrul, thanks for 'owning' the monopod.  we like...!!!  kalau tak, mesti ada yang ketinggalan bila bergambar.  zaman kitaorang dulu mana ada monopod ni sume.  bersyukur di atas teknologi yang serba canggih sekarang ni.  alhamdulillah.

mil pun pakai monopod.  kau hado?  (^_^)

say cheese...!!!

kepada ipar-duai dan biras-biras yang telah menyumbangkan gambar-gambar raya untuk dipost ke blog ni, terima kasih banyak-banyak ya.  tak lupa jugak kepada mr. hubby dan dina.  terima kasih daun keladi.

Selamat hari raya aidilfitri from the Abu Bakar clan

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...