Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 28, 2014

kisah iftar & sahur

assalamualaikum semua,

bulan puasa cuma satu entry.  bukan apa, takut kalau tunjuk gambar makanan kang, aku rasa bersalah pulak.  hehe...  tapi since dah raya ni, aku rewind baliklah apa yang terjadi masa bulan puasa hari tu.


mostly cerita pasal iftar lah kan.  sana-sini orang bercerita berbuka puasa dengan juadah yang sedap-sedap.  kitaorang pun berbuka yang sedap-sedap jugak, cuma seadanya dan mengenyangkan.

sabtu pertama berbuka di rumah mil.  mil kalo masak memang banyak.  dah macam nak kenduri.  tapi aku takde capture gambar makanan pun.

Photo credit to luvelymummy

kebetulan hari rabu sebelumnya birthday bil, Azrul.  since wifey nya dah beli kek, kira kitaorang celebrate kecil-kecilan lah kat rumah mil.  semoga panjang umur Azrul...


sabtu kedua juga berbuka di rumah mil.  still, aku takde capture gambar makanan.  cuma gambar ni je lah yang ada.


yang kelakarnya, bertungkus-lumus si Azrul nak adjust monopod.  padahal aku, Miss Qee & Luvelymummy elok je duduk kat tepi tengok diaorang ber'wefie'.  takde sapa pun suruh kitaorang tolong ambikkan gambar.  maklumlah, dah ada monopod... (^_^)


bila ingat balik, memang lawaklah.  huhu!!!  tapi semua tu akan jadi kenangan kan?  mana tau, mungkin tak sempat nak bertemu di Ramadhan yang akan datang....

sabtu ketiga pun kami berbuka puasa di rumah mil.  cuma hari Jumaat sebelum tu mr. hubby dapat jemputan berbuka puasa dari client di Melaka.  dan kitaorang pun ikut sekali ke sana.


mr. hubby berbuka bersama client, tapi aku & dina berbuka di bilik je.  boleh je kalau nak berbuka di ramadhan buffet, tapi kitaorang lebih prefer makan di bilik.  lebih tenang dan privacy.  huhu!!!


untuk sahur, kitaorang order in-room dining jugak.  kitaorang order sebelum tidur dan request delivery pukul 4.30 pagi.  lebih kurang 4.45 pagi order pun sampai.


dina nampak teruja nak makan sahur.  kalau kat rumah, punyalah payah nak bangun.  budget nak makan kat hotel lettew!  *banyakcantikmukako*

sabtu keempat masih lagi berbuka puasa di rumah mil.  hehe...  rumah mil buffet ramadhan paling best tau!  tapi sehari sebelum tu family kitaorang yang kecil ni telah berbuka di restoran Bar.B.Q Tonight.


aku ada beli voucher di Groupon.  disebabkan expiry date dia ialah hari terakhir ramadhan, kitaorang pun plan makan di situ sebelum ramadhan berakhir.  lagi pun restoran tu dekat je dengan office aku.


restoran tu menghidangkan makanan Pakistan and it was served in buffet style.  menunya agak banyak.  nasi, roti nan, lamb, palak paneer, turkish salad, humus, etc, etc.  segala macam tok nenek makanan pakistan ada kat situ.


memang sedap dan sangat mengenyangkan.  aku paling suka nasi dia.  sedap, tak payah dengan makan lauk pun sedap.  mr. hubby suka palak paneer sebab dia kata susah nak cari kat tempat lain.

so itu jelah entry untuk sepanjang ramadhan.  semoga berjumpa lagi di ramadhan yang akan datang, insya'allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...