Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 6, 2014

itadakimasu!

#throwback Friday ~ 2 hari sebelum puasa

******************************

weekend hari tu tak sempat nak buat entry.  mak kurang sihat nyah...  la ni baru berkesempatan nak post.  itu pun setelah mengdraft intipatinya di office.  muahahaha!!!



ada tak antara korang yang suka makanan Jepun?  mesti ada kan?  aku kurengg lah sebab aku penggemar makanan Thai yang tegar.  pernah gak mr. hubby cuba ajak beberapa kali.  dina pun suka makan sushi, tapi selalunya tak berjaya.


ntah macam mana Jumaat sebelum puasa tu mr. hubby dan dina beria-ia nak makan Japanese food.  bila aku tengok kat menu dia ada makanan yang aku boleh makan, aku pun setuju.  kira ini first time lah aku masuk  Sushi King nih!  jakun jap.  hehe..


sebenarnya, aku suka tengok sushi-sushi yang disusun dan bergerak dalam bulatan yang sangat dekat dengan pengunjung tu.  bila nak makan je, boleh capai terus.  tak payah nak order dan tunggu.  dina dan mr. hubby pun nampak teruja.


aku pun teruja, tapi setakat tengok je lah.  aku nak kena order food lain sebab aku tak makan sushi.  tak tau kenapa.  tekak ni memang tak boleh terima kalau makan udang ataupun sotong atau apa sajalah dengan pulut dan seaweed tu.

aku tengok, dina dan mr. hubby bersilih ganti ambik sushi tu.  macam larian pass baton pulak.  dan aku tak pasti lah berapa ketul sushi dua beranak tu dah makan.  yang pasti, makanan aku tak sampai-sampai.



menunggu makanan yang diorder tu punyalah hazab.  berjanggut!  lapar pulak tu.  stress mak!  bila makanan sampai, rasa macam perut dah masuk angin.  tapi kena makan jugaklah.  kalo tak karang, lagi sakit.


so kalo ada sesapa yang baru first time makan di Sushi King macam aku, aku cadangkan makan lah sushi yang berpusing-pusing tu ya.  cepat dowh!  dan cepat kenyang.  huhu!!!  tapi kalau korang tak kisah menunggu, silakan.

apa-apa pun, ia satu pengalaman baru buat aku.  terima kasih mr. hubby sebab akhirnya berjaya jugak bawak aku makan kat restoran jepun ni.

mungkin aku boleh consider restoran ni in the future, but not so near.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...