Tuesday, March 25, 2014

garuda menuju suria

musim-musim takde air ni, takde mood pulak nak update blog.  fikiran tak ingat pasal lain dah, asyik fikir air je.  tapi nak buat macam mana kan, hidup mesti diteruskan.  lagi satu, makan pun mesti diteruskan kan?  hehe...



sabtu lepas, Burn’s family celebrated MIL’s birthday, which fell on the 12th of March, kat Restoran Seri Garuda Emas, Kampung Baru.


restoran ni serve makanan minang asli.  so kepada sesiapa yang telah memilih restoran ni, terima kasih banyak-banyak lah ya.  memang kena dengan tekak aku  ^_^




lauk memang banyak.  cuma kitaorang taklah order sampai penuh meja.  tapi sayangnya lupa nak ambik gambar makanan.  tengah lapar masa tu.  masa pilih lauk tu pun dah rasa kecur.  sampai je makanan, terus ngap.

with Princess Qiesya ^_^

event sabtu kelmarin tu tak cukup quorum.  tapi dengan adanya budak-budak dan mak pak budak, kira meriah jugaklah satu restoran tu.  itu wajib hokey!!!

Qiesya & Qaseh

dari Restoran Garuda, kitaorang adjourned to Suria KLCC.  nampak.., grand ke idok birthday celebration MIL tahun ni.  hihihi!!!  bukan bershopping pun.  saja buang masa jalan-jalan.  Burn’s family outing katakan…  hehe..

ambik gambar kat lembu pun jadi...

sebelum mengakhiri event petang tu, diaorang ni {aku, mr. hubby, Dina & Hakeem takde dalam group masa tu} telah singgah di 8 Ounce Coffee untuk minum petang.  lepas tu baru kitaorang menyusul.

3 generasi

tuan tanah & spouse ^_^

aku tak tau apa yang diaorang order.  nak order, masih kenyang lagi.  sudahnya, tak order apa-apa pun.  tapi sempatlah merasa Wildberry Tea dan espresso.  ntah sapa punya lah yang aku dan mr. hubby minum tu.  belasah je.  kira halal lah tu kan?


selfie yang kantoi! ^_^

apa-apa pun, it was a fun event.  jarang dapat peluang yang macam ni.  selain tu, merapatkan lagi silaturrahim yang sedia ada, aamiin.  so lepas ni ke mana pulak kita?  ehem, ehem  ^_^

candid!

say cheese!!!

note:  to MIL, selamat hari jadi.  semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat di dunia & di akhirat.  Aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...