Monday, October 7, 2013

Jacaranda

sabtu kelmarin kami tak pergi rumah mil seperti selalu.  mr. hubby dapat jemputan ke house warming party di Cyberjaya.  kitaorang ni memang jarang berjalan-jalan ke area yang jauh-jauh macam tu.  tapi kalau dapat jemputan yang macam ni, memang tak lepaskan peluang.  barulah merasa nak berjalan jauh sikit.  hehe..

Photo credit to Rescom


invitation came from mr. hubby’s friend.  rumah baru dia kat Jacaranda, Garden Residence, Cyberjaya.  puas gak aku google nak cari map ke situ.  yang ada cuma map ke garden residence je.  lucky enough, hari sabtu tu jugak kawan mr. hubby sent sms with map & derection ke rumah dia.


senang gak nak cari garden residence tu sebenarnya.  kat sign board PLUS memang ada tertera nama tempat tu.  lagi pun, kawasan tu terletak betul-betul sebelah jalan besar.  dari jauh, dah boleh nampak signage garden residence yang sebesar-besar alam tu.


rupa-rupanya, Jacaranda tu ialah salah satu phase kat garden residence tu.  patutlah aku tak jumpa map dia dalam google.  huhu!  kat garden residence tu ada rumah jenis 2-storey and 3-storey semi-D, serta 3-storey and 3 ½ storey bungalows.  it’s a gated & guarded with a resort lifestyle environment.


kawasan persekitaran memang cantik dan exclusive.  rumahnya pun besar-besar!  mak tak mampu nok…!  tapi kalau mampu pun mak tak nak.  rumahnya besar sangat.  rumah mak yang sekangkang kera ni pun mak rasa seram gak kadang-kadang.  hehe…


masa kitaorang sampai, kolam hiasan mini kat rumah kawan mr. hubby tu baru je berfungsi kot sebab aku terdengar ada orang tepuk tangan.   apa lagi, aku pun tak lepaskan peluang.  comel je kolam mini tu, tak terlalu besar.  yang sedang-sedang saje.  tapi aku tak masuklah ke rumah kawan mr. hubby tu. kitaorang duduk kat luar je.


antara makanan yang dihidangkan hari tu ialah nasi goreng, mee hoon goreng, spaghetti Bolognese, rendang ayam, ikan sweet sour, mini otak-otak, chicken fillet, desserts, sate dan kambing panggang.  kambing panggang tu lah yang kitaorang mula-mula nampak masa sampai kat situ.  tapi aku takde ambik gambar makanan.  segan wei!  ^_^


gambar rumah kawan mr. hubby tu pun aku tak sempat nak capture.  ramai oranglah.  tak pasal-pasal jadi isu pulak karang.  tapi aku dapatlah ambik gambar rumah jiran yang adjacent dari rumah dia.  kira bolehlah tu kan, sama je macam rumah dia.

dah berjalan jauh-jauh tu, ingatkan nak singgah Masjid Besi.  tapi mr. hubby menonong je cari arah nak balik KL.  sabar je lah…!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...