Monday, September 16, 2013

si baldu merah

selamat hari malaysia semua...!  orang lain dah wish sejak sebelum subuh tadi lagi.  aku ni, dah nak masuk tarikh 17hb barulah nak wish.  takpelah, asalkan kita tau dan faham apa yang terjadi di sebalik tarikh 16hb Sep ni, aku rasa itu dah cukup baik.  tak gitu?

***************
di antara red velvet cake yang korang pernah makan, mana satu yang paling sedap?  bagi aku lah kan, beli dari memana kedai pun, rasa dia lebih kurang sama je.  kalau beza pun, mungkin ada yang terlebih manis, atau terlebih cream cheese.  kalau tak pun, cream cheese tu terlebih cheese.


pagi tadi kitaorang ke tesco.  masa lalu kat bahagian roti & kek, aku nampak ada sample red velvet cake yang dipotong kiub sebesar jari kelingking.  sebelum ni aku tak pernah nampak pun.  selalunya ada sample kek marble je kat situ.

tapi ntah kenapa aku rasa terpanggil untuk meng'test'.  ermm... rasanya boleh tahan.  kalau tengok dari rupa dia, taklah semewah macam red velvet cake yang dijual di Bisou ataupun Cupcake Chic.  kek dia basic je, takde cream cheese pun kat atas.  cuma dihiasi dengan kepingan badam je.


untuk satu loaf yang kecil tu, harganya cuma RM4.99.  kalau beli kat Cupcake Chic, harganya RM5.50 sebiji.  kat Bisou pulak, sebiji RM6.00.  kalau beli satu loaf kat tesco, lebih kurang equivalent to half dozen of cupcake.  berbaloi-baloi...!  huhu!!!

kalau rajin, boleh buat cream cheese sendiri dan sapu kat atas kek tu.  cuma aku je yang tak rajin.  hehe...!!!  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...