Tuesday, July 16, 2013

ramadhan dinner

hari ahad kelmarin kitaorang berbuka puasa di restoran middle east.  bagi kitaorang, itulah first time makan kat restoran arab.  tak pernah engko!  setakat makan nasi arab tu pernah lah.  pergi ke restoran arab tu yang belum pernah lagi.  kesian kan?


petang tu kitaorang ke Restoran Hadramawt, Jalan Ampang.  tapi bukan kitaorang bertiga je.  since the original idea came from the newlyweds i.e. miss qee & boy, we ended up with a troop of 10 pax.



boleh dikatakan ramai jugak pengunjung yang datang berbuka di situ.  sampai tak cukup parking!  mr. hubby pun park kereta betul-betul kat tepi pagar, tapi masih dalam kawasan restoran lah.


kat situ kitaorang berbuka secara buffet.  sebelum pukul 7 dah kena ada kat situ walaupun dah buat reservation.  tapi kalau sampai lambat, lebih kurang macam pukul 8, korang kena order ala-carte lah ya.


the restaurant’s main menu is Yemeni food.  so antara menu yang aku ingat petang tu ialah hummus, greek salad, arabic salad, mushroom soup, fried chicken finger, samosa dan roti naan sebagai appetizer.


sepiring buah kurma diberi ke setiap meja walaupun ia ada diletakkan di meja buffet.  ok, sambung balik.  untuk main course disediakan mixed vegetable stew, chicken with sauce, beef carbonara, macaroni & cheese, lamb mendy dan chicken mendy.


pemanis mulut pulak ada baklava, basboosa dan tamriah.  tak sempat nak rasa desserts, dah licin... :(  by the way, aku takde ambik gambar makanan pun.  takut korang terliur pulak kalau aku post kat sini.  hehe...



aku cuma sempat snapped a few photos of the restaurant’t deco & settings.  nak tau lebih lanjut tentang food dia bolehlah visit website Hadramawt ya.



the interior of the restaurant is inspired by Arabic elements with decorations like carved wooden motifs, beautiful lamps and tapestries to provide an ambience resembling that of Hadramawt town in Yemen.



makanan yang disediakan boleh dikira banyak tau.  tapi yang sedihnya ada segelintir patrons yang bersikap kurang ‘matang’ dan mengambil makanan terlalu banyak.  sampai kan kitaorang yang beratur kat belakang ni dapat belen-belen je, walaupun pihak restoran dah refill dua kali!


apa-apa pun, for the three of us, it was fun.  mencuba sesuatu yang baru.  taklah asyik makan thai food je!   ^_^  sedap pulak tu.  memang kenyanglah perut makan nasi mandi mendy tu.  insya'allah next time boleh datang lagi.


on a final note, thanks to miss qee for coming up with an amazing idea.  and thanks to boy for organizing it successfully.  well done guys!  ^_^

apa lagi cuisine yang kitaorang belum pernah cuba eh?  mr. hubby ada cadangan?  *hint*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...