Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 29, 2013

wedding of the year

i haven't been blogging lately.  selain dari penyakit malas yang memang takde ubatnya ni, takde apa yang menarik yang nak diceritakan.  hari-hari rutin yang sama je.

tapi minggu lepas ada cerita menarik for abu bakar's clan.  so read on guys...


hari ni genap 8 hari adik ipar aku yang single sehingga hari khamis lepas menjadi seorang suami.  si Boy telah melangsungkan pernikahannya dengan Qila pada hari jumaat, 21 Jun 2013.  majlis pernikahan telah berlangsung selepas asar di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri.



petang tu, pasangan mempelai sedondon dengan busana berwarna kelabu.  waris-waris sebelah kami mengikut tema hitam-putih, manakala sebelah Qila warna coklat muda.


masa akad nikah, nampak si boy macam nervous je.  but qila's father looked more nervous!  hehe...  anyway, dengan sekali lafaz je, Qila sah menjadi isteri kepada Boy.  alhamdulillah...!


dari masjid, kami ke rumah qila untuk acara menyarung cincin serta minum petang.  since couple ni dah pilih black & white untuk their wedding theme, korang akan nampak banyak color tu dalam gambar-gambar yang ada kat sini ya.


those attended the nikah ceremony will receive a cute polka dot goody bag.  wanna see what's inside the bag?  they're cute, aren't they?  ^_^



************************

majlis resepsi pula telah diadakan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah pada keesokan harinya iaitu Sabtu, 22 Jun 2013.  warna tema pada hari tu ialah kelabu.


guys, just to let you guys know that aku tak done ambik gambar banyak-banyak ok.  so apa yang ada aje lah aku tepek kat sini ya.  i’m sorry! (baca ala-ala gaya Amir Raja Lawak).



anyway, tetamu datang seawal jam 11.30 pagi.  antara lauk-pauk yang dihidangkan ialah daging masak lemak, ayam masak merah, sambal jawa, ulam-ulaman, sambal belacan di samping nasi putih dan nasi minyak.  untuk desserts, tetamu dihidangkan dengan bubur pulut hitam, kuih talam ubi, kuih seri muka, apam polka dot, red velvet cupcake dan macaron.


dan kami ada 2 menu tambahan yang lain dari biasa iaitu pulut + rendang daging dan ubi kayu rebus + sambal ikan bilis.  so sesapa jemputan yang tak dapat datang tu kira melepaslah.  huhu!!!


minuman yang disediakan pulak ada 3 jenis iaitu air sirap, teh serta teh chrysanthemum.  selain tu, candy buffet juga dihidangkan untuk tetamu cilik.  *credit to sis Leez*


sekitar 1.30 tengahari, diiringi oleh 2 orang pemain bagpipe, pengantin tiba untuk upacara bersanding.  Boy segak bersut, manakala Qila manis dengan persalinan putih.


majlis memang meriah habis.  sambil tu, dapat berkumpul dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.  macam reunion lah kiranya.

Dina at photo booth

Mr. Hubby & Adam

si boy ni anak bongsu, so dia lah yang last sekali kahwin.  tu yang buatkan majlis tu bertambah meriah.  nobody wants to miss a thing!  ^_^


apa-apa pun, selamat pengantin baru kepada Boy & Qila.  this is a new phase in your life.  semoga kekal hingga ke akhir hayat.  amin.


note:  Ms Qee, any chance of doing the same crime again?  muahaha!!!  ^_^


2 comments:

  1. kak! ai nak cilok pic yeob ngan adam tu tau!!! hensemmmmm.........anak aku, mcm dh besar pulak aku nengok dia... hehhheeee....

    huurmmm, pic kita xde nyek kak.. sedey hokey :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. luvelymummy,
      ambik ler. aku tau anak ko hensem! *ehemehem*

      tu lah pasal. bila buat post ni, baru perasan kita takde bergambar. ralat betul lah! :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...