Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 4, 2013

jom kita mengundi!


bukan selalu dapat tengok suasana macam ni.  5 atau 4 tahun sekali!  itu pun kalau panjang umur lah.  dan tak dinafikan, suasananya memang meriah!


masa ni lah kita boleh lihat beribu roket yang tak terbang-terbang.  ribuan dacing yang diletakkan bukan di tempat orang berniaga.  adanya bulan di atas muka bumi ni.  serta jutaan mata yang memerhati di sepanjang jalan.


bukan setakat bendera, ada banner, bunting, poster, papan tanda, flyer, brochure dan macam-macam lagilah.  buku resepi pun ada! hahaha!!!


di zaman yang IT savvy ni, handphone lah antara medium yang sering digunakan.  hantar sms merayu undi.  kat FB dan twitter jangan cakaplah, berlambak.  sampai juling biji mata!



ada tu, bila 1st parti dah letak banner kat satu tempat, 2nd parti akan letak banner diaorang kat depan banner yang 1st.  besar pulak tu.  kat sini, siapa yang untung?  parti yang 1st atau yang 2nd?  bijak, bijak...


sebagai pengundi, kita lah sebenarnya yang perlu bijak.  bijak memilih.  anyway, korang undi apa?  eh, undi adalah rahsia kan?  macamlah aku nak tau sangat korang undi apa kan…  *tangan di bahu, mata ke atas*



ooppsss!  wait seminit.  ada ke yang tak mengundi?  kenapa?  tak register?  tak minat nak mengundi?  rugi woi!  mengundi ni wajib tau!  ^_^  by the way, i got the brochure below when i went home by LRT yesterday.  calon yang bertanding siap datang kat station lrt tu for last minute campaign.  amacam, boleh?


apa-apa pun, selamat mengundi.  mengundilah secara berhemah.  berhemah macam mana tu?  *wink*  kepada yang akan pulang ke kampung tu, drive safely.  sambil balik kampung, sambil mengundi.  nampak?  bagus tau mengundi ni.  hehe…!

mari lah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara.....
~ kan aku dah cakap, wajib hokey?  ^_^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...