Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 11, 2012

dari dapur mama vi

aku ni penggemar makanan thai yang tegar.  bila keluar jalan-jalan, aku selalu suggest thai restaurant bila tiba waktu makan.  dina bengkek je ngan aku.  "asyik-asyik thai je". "asyik-asyik makanan mama je".  ^_^

sebenarnya sejak semalam lagi aku dah plan nak masak since today cuti.  lagipun, hari ni genap seminggu birthday aku.  so sebagai penutup minggu hari jadi, aku ingat nak masak makanan thai.  bunyi cam poyo je kan?  bukannya pandai masak pun aku ni.

crispy shrimp di rama v yang sangat berseni

bila dina tanya aku nak masak apa, aku cakaplah thai food.  tapi bukan lah macam food kat rama v tu ya, serba-serbi berseni.  aku ni kerastangan.  "mama, yang tu rama v, yang ni mama vi", kata dina.  hahaha!  gelak besar aku.  kelakar lah budak ni.  so ini lah lauk untuk lunch kitaorang hari ni.


ni takkan korang tak tau?  tomyam, tapi isinya tak banyak.  cuma ada udang, sotong, fishball dan tomato je.  yang lain, ta'de.  belasah je lah labu..!


yang ni kerabu sotong pedas.  plan asal nak buat kerabu mangga, tapi mangga takde pulak kat kedai.  bila tak nak buat, berlambak je mangga muda aku nampak kat kedai tu  ;(

sebelum & selepas

yang ni sepatutnya daging goreng thai.  tapi aku tak beli daging sebab ada stok chicken fillet kat rumah.  aku guna ayam, so jadi lah ayam goreng thai.

simple je sebenarnya kan?  aku mengaku kurang cerdik bab-bab memasak.  dah tu, jarang pulak ke dapur.  dapur pun sekali-sekala je berasap.  mana nak berasap kalau guna induction cooker & microwave je?  huhu..!

so bila dapat masak something yang macam ni, i feel it's an accomplishment for me.  suri rumah yang memasak hari-hari tu sure tak heran dengan masakan aku ni.  tutup dua belah mata pun boleh buat.  tak gitu?

nak cuba masakan India pulak  *apakah?*


3 comments:

  1. dalam banyak2 food, ai berkenan ngan itek gembo2.. Auuuwwww..!! very nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. luvelymummy,
      itu kraftangan chef di rama v. memang berseni kan? comel. sayang nak makan :)

      Delete
  2. lorrr.. ingatkan mama v yg buek... heeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...