Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 29, 2012

through thick and thin

lepas zohor semalam kami melawat Ahmad Farren Adam di SDMC Subang Jaya.  adam yang berumur lima tahun pada 5 januari yang lalu baru je selesai menjalani pembedahan dua jam sebelum tu.  alhamdulillah.

Adam ketika berumur setahun

adam kena makan ubat dan banyak berehat ok.  kakak dina, mama & papa doakan semoga adam cepat-cepat sembuh ya.  semoga Aida & Azrul tabah menghadapi dugaan ini.

*************************

balik dari hospital petang tu, aku ikut mr. hubby ke padang.  dia ada friendly match di padang SMK Yaacob Latif, Jalan Peel.  dah lama aku tak ikut mr. hubby ke padang.  kali akhir aku ikut masa baru-baru kahwin dulu.  lepas tu dah malas dah nak ikut.

semalam aku pergi sebab takde orang kat rumah mertua.  diaroang semua still kat hospital lagi.  tu pasal lah aku ikut.  aku ni tak boleh tinggal sorang-sorang.  allergic!  ^_^

keadaan padang selepas hujan semalam

since Man yang arrange game tu, Iza datang sekali.  Ira, Didi & Eri pun ada jugak.  dan ada sorang lagi wife pemain yang datang dengan anak.  kiranya, ada 3 orang WAGs lah semalam.  perasan!  hu..hu..!  so takde lah aku macam bodoh je sorang-sorang kat situ.

team man ni takde nama team sebab pemain-pemain nya tak tetap.  kisahnya, diaorang ni akan diberitahu kalau ada game, tapi cuma akan turun padang kalau memasing takde hal.  nasib lah kalau team tak cukup quorum.  tu pasallah takde nama kot.

player with jersey no. 10 ~ my hero

opponent diaorang semalam ialah Cengal FC.  nampak pemain-pemain team ni muda sikit dari team yang takde nama tu.  apa-apa pun, keputusan seri 4-4.  betul ke resultnya tu?
 
didn't concentrate to the game sebab sibuk pok-pek pok-pek  :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...