Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 3, 2011

jalan-jalan Pantai Timur

kali terakhir aku sampai Kuantan masa darjah dua.  itu pun kebetulan lalu kat situ lepas balik dari cousin's wedding di Kelantan.  masa tu takde highway macam sekarang ni, semua guna jalan lama.  naik kematu punggung sebab duduk lama sangat dalam kereta.


selepas berpuluh-puluh tahun, aku sampai lagi di kuantan sabtu lepas.  reason yang sama, kerana wedding jugak.  kali ni, colleague mr. hubby yang kahwin.  here's wishing selamat pengantin baru kepada Mohammad Radzi b. Hj. Ramli & Noor Elifalini bt. Mat Pa.  semoga bahagia & kekal hingga ke akhir hayat.


alang-alang dah sampai kuantan ni, kitaorang fikir overnight je lah walaupun it only took 2 1/2 hours from kl.  lagi pun, tak tau bila boleh sampai sini lagi.  tambahan pulak, kitaorang ni dah macam honeymoon je sebab dina tak ikut :)  dia ada program untuk sekolah agama di masjid wangsa maju.

Masjid Sultan Ahmad Shah 1

lepas check-in, ronda-ronda sekitar bandar kuantan.  ingatkan nak lepak kat Teluk Cempedak, tapi tak jadi.  kitaorang noticed banyak kedai yang tutup, mungkin sebab weekend agaknya.  dah puas meronda, mula lah rasa lapar.  so kitaorang pun singgah di Sara Thai Kitchen for dinner.  memang best restoran tu ~ service cepat, makanan pun sedap.  terbaekkk!


sebelum balik ke kl semalam, kitaorang singgah rumah cousin aku kat Bandar Indera Mahkota.  apa yang boleh aku katakan tentang kuantan, bandar tu sangat peaceful.  tak sesak, atau pun jam macam bandar-bandar besar yang lain kat malaysia ni.

next time boleh datang lagi.  takkan nak tunggu onother wedding jugak kot? *hint*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...