Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 26, 2011

better late than never

sepatutnya nak pergi ahad lepas.  tapi mr. hubby ada go-kart tournament, so terpaksa tunda ke hari ni.  kiranya terlewat seminggu lah menyambut Father's Day.  ada 3 orang bapa yang diraikan iaitu mr. hubby a.k.a papa, ayah & abah.


venue yang aku & mr. hubby pilih adalah Restoran Salero Negori di Persiaran Gurney.  bangunan restoran ni adalah sebuah rumah dua tingkat.  so bila kita masuk ke dalam restoran tu,  keadaannya sama macam rumah biasa ~ ada hall, dapur serta bilik-bilik.

bilik 'Rantau'

nama bilik-bilik kat restoran ni menggunakan nama-nama tempat yang berada di daerah minangkabau di sumatera serta daerah di ns seperti bilik Seri Menanti, Padang, Bukit Tinggi & Rantau ~ nama kampung aku.  and kitaorang dapat bilik seri menanti.

Ayah & Cik Ros

hiasan kat restoran tu biasa-biasa aje.  mostly perabot antik.  kalau berminat dengan perabot-perabot yang ada kat situ, boleh lah beli sebab ia memang untuk dijual.  siap ada tanda harga lagi!

MIL, Boy & FIL

restoran ni menyajikan masakan padang & negeri sembilan.  ada berjenis-jenis lauk.  anyway, konsepnya mudah je ~ pilih lauk yang kita nak, lepas tu nanti waiter akan hantarkan.


lauk-pauk yang kitaorang makan tadi ialah daging dendeng, ayam bumbu, tempe & kacang goreng, daging goreng berlado, tunjang kari, daging salai masak lemak, ikan keli goreng, sup tulang, terung goreng berlado & ikan keli salai masak lemak.  nampak macam banyak kan?  tapi portion nya kecik-kecik je.


for drinks, we had air tembikai laici.  untuk pencuci mulut pulak, sagu gula melaka & tapai ais krim.  for this restaurant, aku boleh bagi rating 8.5/10 lah.  service ok, food pun ok.  only one complain ~ makanannya tak pedas.  orang ns kan kuat makan pedas?  so bila tak pedas, tak kick lah beb!

budak baju hijau sedang menghabiskan 2 ekor ikan keli goreng

apa-apa pun, aku happy lah dapat organize lunch kali ni.  insya'allah, panjang umur & ada rezeki lebih, boleh organize lagi.  harap-harap next time with a larger group.  *wink* *wink*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...