Monday, March 28, 2011

Nor Azila Jaafar

hari ni sekolah dina cuti peristiwa sebab sabtu lepas ada sukan tahunan.  tapi dia tak masuk apa-apa acara pun.  so aku dan mr. hubby pun applied cuti sekali.  dah alang-alang cuti, aku pun ingat nak pergi settle kan hal sijil fara'id tu.  so pergi lah JAWI, tapi orang kat sana kata hal fara'id kena pergi mahkamah syari'ah.  pergi pulak mahkamah syari'ah but still tak settle lagi.  nak kena pergi sekali lagi nampaknya.  sigh...

Photo courtesy of Streetdirectory

habis hal kat mahkamah, perut dah berkeroncong.  pagi tak sempat breakfast.  mr. hubby dan dina dah makan buat alas perut sementara tunggu aku berurusan kat mahkamah tadi.  mr. hubby suggest pergi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy.  tapi 2 kali pusing tempat yang sama, tak jumpa jugak.  nama je stay kat kl, jalan bellamy pun tak jumpa.  apa kes beb, guna lah GPS.  he..he.. baru lah jumpa  ^_^

so we had our brunch kat Gerai Seri Menanti yang famous dengan ikan bakar tu.  mr. hubby tau aku ada kawan kat situ, tu pasal dia saje je suggest tempat tu.  kitaorang sampai awal jugak, belum pun pukul 11.00 a.m. lagi.  pelanggan pun ada 2-3 kerat je.  tapi aku dah starving giler, redah je lah.


bila sampai kat situ, aku nampak Nor Azila Jaafar sedang duduk kat tempat cashier.  dah jadi madam besar nampaknya dak Zila nih!  saja je aku tak panggil dia, nak bagi surprise.  bila aku dah sampai sebelah dia, aku bagi salam.  dia jawab, pastu dia pandang muka aku, agak lama, tak bercakap sepatah haram pun.  dah lepas tu baru dia menjerit.  hi..hi..hi...!

kitaorang dulu sama sekolah menengah dan asrama.  so banyak jugaklah cerita yang kitaorang bualkan.  memang lama tak jumpa.  seingat aku, aku pernah jumpa zila 2 kali je sejak habis sekolah dulu.  1st time during lunch time kat The Weld.  2nd time masa pergi trip to Beijing, itupun tahun 2004.  kat kl tak jumpa, boleh pulak terjumpa kat sana.  what a small world!  harap-harap lepas ni tak lost contact lagi lah.

sedang enak makan nasi berlaukkan ikan bilis & tempe goreng berserta ikan keli berlado, our senior Kak Lizar sampai with her hubby.  aku tak fikir dia kenal aku.  however, i'm feeling grateful sebab dapat jumpa 2 orang dari zaman persekolahan dulu.


2 comments:

  1. dah lama sangat tak makan kat situ.. ooo kwn u punya ke..

    ReplyDelete
  2. K.Yan, ayah dia punya yang sebenarnya. dia jaga je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...