Wednesday, January 12, 2011

3 hari yang adventure

dah 3 hari berturut-turut naik public transport pergi & balik kerja.  mr. hubby pergi outstation since sunday.  insya'allah, dengan izin Allah, tak lama lagi sampai lah tu.  tadi baru je dia texted bagitau just landed at subang airport.

masa dia ada, aku biasa bangun pagi lebih kurang pukul 6.  bila dia takde, 5.30 a.m. dah bangun.  siap kunci jam lagi, takut kesiangan.  masa dia ada, selalunya keluar rumah pukul 7.25 a.m.  bila dia takde, sempat pulak keluar rumah sebelum 7.15 a.m.  alah, 10 minit je.  jangankan 10 minit, lambat satu minit pun boleh membuatkan kita terperangkap dalam traffic jam terutamanya peak hours.

Photo courtesy of TravelerFolio.com

pergi kerja, ayah hantar sampai lrt station.  naik train sampai klcc.  then naik bas sampai jalan raja chulan.  3 kali transit.  masa balik, tumpang office mate sampai lrt station.  naik train sampai setiawangsa.  then naik teksi sampai au3.  pun 3 kali transit gak.  sebenarnya, takdelah adventure pun.  saja je buat title tu catchy sikit, bikin gempak!

tu lah kan, takde makna nyer aku ni ada driving license.  dok renew je tiap-tiap tahun.  buat pekasam kat dalam purse.  mr. hubby pergi outstation naik flight, elok je kereta tersadai kat parking 4H3M.  tak senonoh betul kan?  apa-apa pun, deep in my heart, i really want to thank mr. hubby for making my life so much easier.  saranghe!


tapi aku rasa ok gak aku ni tak biasa drive.  tak rasa tension bila traffic jam.  tak payah susah-susah cari parking.  tak perabih duit beli petrol & bayar parking.  sebab mr. hubby yang bayar hi..hi..hi..!  dan yang paling penting, takde lah 'panjang langkah' bila mr. hubby takde.  betul tak?  betul, betul, betul!  mr. hubby mesti sokong aku bila masuk part ni.  otomatis!

bila mr. hubby takde, mr. cabbie ada.  rasa macam datin je duduk belakang sorang-sorang ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...