Tuesday, December 28, 2010

cuti-cuti malaysia

sedang bermalas-malasan di Mutiara Johor Bahru.  jb?  he..he..  percutian untuk tahun ni cuma dalam negeri je.  mak belum 100% recover, nyah.  lagi pun, pitis agak kurang tahun ni, so haruslah pergi bercuti dengan mengukur baju di badan sendiri ok.  tapi not bad gak, sebab kitaorang telah pun menjejakkan kaki di Universal Studio Singapore.  hoorayy!!!  saje nak sedapkan hati.

disebabkan percutian ni mengambil masa 4D3N, so the story will be divided to 2 parts.  ewah!  macam cerita Harry Potter lah pulak.  our vacation started on Christmas day.  dalam perjalanan ke JB, sempat singgah Muar for lunch.  baru 3 jam perjalanan dah lapar he..he..  aku tau mee bandung muar memang popular, tapi kitaorang makan kat Secret Recipe.  la.. macam kat kl takde SR.  takde makna nye!

2 beranak tekun membaca menu

second day kitaorang masuk singapore.  we visited my aunty's family kat clementi.  lepas tu ke Orchard Road for window-shopping.  punyalah ramai orang.  mana taknya, Boxing Day kan.  walaupun time tu sale memang hebat dan memanggil-manggil, apa kan daya, mampu tengok je lah.

can you see the queue?

kitaorang berada kat orchard road daripada siang sampai senja.  daripada panas ke hujan, then berhenti, then hujan lagi, last sekali baru berhenti.  memang ramai umat masa tu.  ada yang bershopping sakan sampai 4-5 paper bags ~ jealous you, tapi yang window-shopping macam aku lagi banyak.  hi..hi..hi..!

macam kenal je budak tu...

but mostly yang datang nak tengok lampu-lampu yang dihias di sepanjang jalan di situ.  beraneka warna dan design.  aku tak ambik gambar pun, tapi siapa yang pernah datang sini time krismas tau lah keadaannya macam mana kan.

from daylight to dusk

balik hotel memang penat lah.  tapi perut lapar, kalau lapar kang tak boleh tidur pulak.  since aku memang teringin nak makan nasi goreng seafood, so kitaorang pun pergi dinner kat Stulang.  on the way back to hotel, mata aku dah terlelap.  hubby cakap pun aku dah tak dengar. 

to be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...