Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 13, 2010

hari-hari terakhir...

... aku lepak berguling-guling kat rumah.  korang ingat apa?  hari selasa minggu depan aku dah start kerja after 6 weeks of lazy days.  argghh... malazzz nya!!!  syok betul duduk kat rumah kan?  rasa macam nak berhenti kerja je.  tapi kalau berhenti, tak dapat lah nak berbelanja sesuka hati.  nak beli kasut, beli handbag, beli cosmetics, etc, etc.  oh tidak!

sejak aku mc hari tu, rasa-rasa nya aku tak pernah masak.  bukan tak pernah lah, ada tapi bukanlah masak secara propa.  ala kadar je.  so hari ni macam kena jampi, rasa berkobar-kobar nak masak.  cam bagus je.  mak mengaku mak tak pandai masak, nyah.  belum lagi jadi masterchef macam takkan jadi je hi..hi...  setakat masak untuk makan anak-beranak boleh lah.

main dish is rendang ayam

sambal ikan bilis & kacang tanah

su'un masak lemak ~ pucat je kuah nyer

isi ikan kurau masin

timun sebagai ulam/sayur

for your info, aku jarang masak sayur sebab selalu lupa nak beli.  boleh?  aku tak makan sayur, so bila pergi kedai, aku tak jejak pun area sayur-sayuran.  sudahnya takde sayur dalam menu.  tapi kesian kat my hubby lah sebab dia suka makan sayur/ulam.  aku je yang pelupa tahap gaban.  anyway, dah masuk waktu minum petang dah pun, aku baru terhegeh-hegeh nak buat entry pasal lunch.  ada aku kisah?  now nak buat jemput-jemput pisang untuk minum petang pulak.

sebenarnya, minum petang kat rumah mertua.  hu..hu...

4 comments:

  1. & akhirrrrrnnyyyaaa.... TTTTAAAHHHHNNNNIIIIAAAHHH!!!

    ReplyDelete
  2. luvelymummy,
    saja tak nak tunjuk bakat sebenarnya. he..he..

    ReplyDelete
  3. bakat yang terpendam ker..??? bakat yang terrendammmm..??? haaahhhaaaa....

    ReplyDelete
  4. luvelymummy,
    dua-dua boleh, janji rock. ada aku kisah??? hu..hu...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...