Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 22, 2010

first day...

... at work after 6 weeks of medical leave.  fuyoo!  lama tu.  memang lama.  sampaikan bila masuk office last thursday macam blur-blur je.  mana taknya, sementelahan aku takde, dept ada buat renovation ~ tukar partition, tukar carpet, reshuffle cubicles, mengecat, etc.  masa masuk office pagi tu, rasa macam kerja kat tempat baru je.

and the best part is, aku kena unpack dan kemas barang-barang aku sebanyak 11 kotakbest kau kata?  7 kotak besar dan 4 kotak kecil ~ just imagine.  masa renovation hari tu, semua barang have to be packed & to be removed so works can be done smoothly.  so semua barang aku e.g. stationeries, books, magazine, files dan segala macam mak nenek telah dipacked.  terima kasih suhada!  bila aku dah start kerja ni, aku lah kena unpack barang sendiri.

kotak nak diunpack & files yang perlu diupdate

when i saw there were 11 boxes, aku tak tau nak start dari mana.  ditambah dengan kerja-kerja office yang rutin.  tu belum kira lagi stack of loose papers on my table waiting to be filed.  files yang tak berupdate since end of september.  telefon berdering selang beberapa saat.  hua... rasa nak menangis.  nasib baik khamis & jumaat hari tu ms alice cuti, so dapat gak lah aku kemas sikit-sikit.  apa-apa barang yang berat, aku mintak tolong kat Shan & Hairi.  itu pun belum habis, ada 6 kotak lagi nak unpack ~ 2 kotak besar + 4 kotak kecil.

gambar yang kat atas tu cuma sebahagian dari kotak dan files yang akan 'dikerjakan' oleh aku nanti.  mesti korang kata sikit je kan?  sebenarnya ada lagi kat penjuru sebelah kiri.  tak kuasa lah akak nak ambik gambar banyak-banyak penjuru.  lotih!

my workstation ~ betapa semaknya!

bila balik rumah, penat tak usah cakaplah.  kalau masa medical leave hari tu aku biasa masuk tidur di antara pukul 11-11.30 pm, sekarang ni pukul 10 pm je mata dah layu.  by the way, kalau ada yang musykil kenapa aku tidur awal sangat, aku ni memang jenis tidur awal.  paling lambat pun pukul 12 am.  zaman muda-muda dulu boleh lah sampai 2- 3 am.  sekarang dah tak larat.  mungkin faktor usia kot.. he..he...

whatever it is, i would like to thank Siti Noor Asiah & Siti Suhada for assisting me during my absence.  these two sitis helped me a lot when i was away.  terima kasih jugak pada Mohd Zulhairi & Shanmugam yang sentiasa membantu bila diperlukan.  uolss terbaeek!

masa untuk tidur...  nite! nite!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...