Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 10, 2016

birthday staycation

birthday dina tahun ni lain sikit konsep celebrationnya.  dah selalu sangat pilih restoran yang digemari untuk celebrate.  so tahun ni kitaorang buat sesuatu yang lain dari biasa ~ bermalam di hotel.


huhu!!! orang lain dah lama guna-pakai konsep ni.  kitaorang baru ni lah nak merasa.  dulu-dulu tu tak mampu nokkk…  sekarang pun sama jugak sebenarnya, tak mampu.  hehe..

Photo credit to Citadines

kebetulan ada voucher yang aku dapat masa birthday aku bulan April hari tu.  masih valid lagi sampai pertengahan bulan September.  tu yang pergi tu.  kalau tak, tak mampu jugak.  hehe…

Photo credit to Citadines

tak jauh pun.  kat Cyberjaya je.  so we reached Citadines DPulze Cyberjaya at about 2.00 pm.  sedang elok je untuk check-in.  sebenarnya time check-in kat situ pukul 3.00 pm.  syukur dibenarkan check-in awal sebab bilik dah ready.  alhamdulillah.


Citadines DPulze is part of an integrated commercial and lifestyle development in Cyberjaya.  so lepas settled down kat bilik, kitaorang turun ke DPulze Shopping Centre untuk lunch.  ada banyak jugak restoran kat situ and dina chose Manhattan Fish Market.



lepas makan, jalan-jalan kat dalam DPulze tu.  terserempak dengan Iqram Dinzly baru habis shooting kat situ.  tinggi jugak mamat tu.  anyway, sekejap je ronda-ronda.  lepas tu balik bilik untuk berehat.


lepas Maghrib, turun semula untuk dinner pulak.  kali ni Dina pilih Boat Noodle House.  outlet kat DPulze tu kira besar jugaklah.  taklah sesak macam kat outlet in Avenue K sampai nak bercakap pun kena berbisikkk...  ^_^


apa yang nak diorder, kita serahkan kepada yang pakar iaitu Dina.  dia lah yang bagi suggestion nak order apa.  dan dia pun tau apa yang aku dan mr. hubby suka.



*************************

lepas breakfast, lebih kurang 11.00 am, we checked-out.  saja check out awal sebab nak pergi satu shopping mall ni.  kalau tunggu pukul 12.00 nanti, berebut-rebut pulak nak check-out.  aku kurang minat bila part berebut-rebut macam tu.


dari Cyberjaya, kitaorang ke Putrajaya pulak.  dah alang-alang kat area sana, apa lah salahnya kan.  sekali jalan pun.  we headed to Alamanda Shopping Centre.


jalan-jalan cuci mata je kat Alamanda.  kitaorang first time datang situ.  best jugaklah.  besar kemungkinan, akan datang lagi ke Alamanda.  mr. hubby pun dah bagi greenlight.  hehe...


dah seharian birthday girl pilih venue untuk meal semalamnya, so untuk hari tu aku pulak yang pilih.  sebagai peminat thai food yang tegar, aku pilih Absolute Thai for our lunch that day.

Absolute Thai Combo


food kat situ memang sedap.  absolutely delicious.  highly recommended.  dari situ, dah tak ke mana-mana dah.  terus balik ke rumah.  #alhamdulillahforeverything


can't wait for the next staycation, in shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...