Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 19, 2016

bertemu selepas syawal

minggu lepas ada kenduri arwah kat kampung.  masa aku sampai, makanan semua dah siap dimasak oleh Nokmak.  cuma tinggal nak hidang je lagi.


majlis start bila budak-budak tahfiz yang dijemput sampai.  lebih kurang pukul 12 tengahari masa tu.  ramai gak lah waghih-waghih yang dekat mahupun yang jauh dapat datang.  walaupun bukan semua.  tapi wefie tetap berjaya dijalankan walaupun tak cukup quorum.  itu wajib.  hehe...


selesai bacaan doa, masa untuk makan.  antara lauk-pauk untuk makan tengahari hari tu ialah masak lemak cili padi daging salai, sambal ikan bilis & petai, ikan tenggiri goreng kicap, masak lemak labu, ayam panggang dan kacang panjang goreng.


memang menyelerakan.  bila dihidang dalam dulang, nampak meriah je warna-warnanya sebab lauk-lauk tu berjenis-jenis.  food ada yang dihidang secara buffet, dan ada jugak dihidang di dalam dulang.


aku heran gak kenapa ada dulang, padahal dah ada buffet.  in fact, ada dua meja buffet ~ masing-masing untuk lelaki dan wanita.  hmm...  mungkin tuan rumah ada jawapannya...


anyway, makan memang berselera lah.  tak pandang kiri kanan.  maklum lah, tengah lapar.  sampai ke petang kenyangnya.  hehe...  alhamdulillah.


selain main food, kuih-muih dan desserts pun ada jugak.  antaranya kuih kole kacang, kek gula hangus, fruit pudding, karipap dan cheese cake.  dapat jugaklah tapau sejenis dua desserts.  alhamdulillah.

entah bila lah lagi dapat jumpa semua waghih.  in shaa Allah panjang umur...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...