Sunday, May 18, 2014

lunch date

rasa-rasanya, dah lama aku tak keluar lunch date dengan mr. hubby.  selalu kalau keluar lunch during weekend, dina mesti ikut sekali.  week day memang jarang lah berlaku sebab tempat kerja masing-masing jauh.


tapi kali ni memang aku plan nak keluar berdua je.  nak mengingati kembali zaman-zaman sebelum berkahwin & sebelum ada dina dulu.  eceh !  tak salah kan… hehe… (^_^)  alhamdulillah, kesempatan tu datang pada sehari sebelum cuti Wesak hari tu.

sebelum pergi lunch, kitaorang ke KLCC dulu sebab aku nak cari barang.  dah alang-alang cuti tu, kita ronda-ronda sekejap ya.  sepatutnya nak ke Pavilion, tapi dah terlambat.  takut jalan kat Bukit Bintang tu jammed pulak time tu.


selesai urusan, dari Bukit Bintang kami terus ke Flamingo Hotel, Jalan Hulu Kelang untuk lunch.  dan aku dah pun buat reservation di The Sultani ~ a fine dining restaurant specializing in Moghul food.


aku bukanlah penggemar Northern Indian cuisine.  cuma baru-baru ni aku ada beli satu voucher untuk dua orang di Groupon dengan harga yang amat berbaloi.  dengan harga yang ditawarkan, aku rasa berbaloi untuk mencuba.


voucher tu merangkumi executive lunch set untuk dua orang.   executive lunch tu was biryani lunch with a choice of chicken, beef, mutton or vegetable biryani sekali dengan accessory dia.  air kena order sendiri.  boleh camtu?


sebagai tambahan, kitaorang order Palak Paneer dan Mango Kulfi.  palak paneer tu is an Indian dish yang dimasak daripada bayam dan paneer (Indian farmer’s cheese) in a thick curry sauced based on pureed spinach.


mango kulfi is a frozen dairy dessert from the Indian subcontinent.  rupa dan rasa dia macam aiskrim, but it is denser and creamier.  keras sikit daripada aiskrim, memang kena tunggu sekejap bagi cair.  tapi kitaorang tak tunggu, belasah je masa waiter hantar.  siap potong dengan pisau lagi.  hehe…


masa kitaorang makan tu, cuma kitaorang berdua je patron kat situ.  hihihi!!!  aku agak, mungkin waktu dinner atau bulan puasa ramai orang sebab restoran tu ada buffet ramadhan.


apa yang boleh aku katakan pasal food kat situ…  aku rasa food dia ok, boleh makan.  tapi aku suka lagi food kat Spice of India kat KLCC.  yang itu terbaekkk wok...!

keluar dari Flamingo Hotel, kebetulan pulak waktu tu sedang hujan.  since kitaorang berdua memang cuti, terus je pergi fetch dina kat sekolah.  dina pun terkejut sebab dia tak tau kitaorang cuti.  hehe...


apa-apa pun, it was a memorable afternoon.  berjalan berdua dengan mr. hubby macam dulu-dulu.  harap-harap boleh buat lagi in the future.

itu pun kalau mr. hubby sudi nak keluar berdua dengan aku lagi...  (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...