Wednesday, October 23, 2013

proud maliz

semalam barulah kitaorang celebrate birthday maliz.  padahal birthday dia dah nak masuk dua minggu dah ni.  memasing sibuk, tu yang tak sempat tu.  sibuk ke, atau budget burst?  muahahaha!

Maliz & Ziah

sebenarnya, sejak minggu lepas lagi kitaorang dah suruh maliz pilih venue.  tapi dia tak boleh nak decide.  dia  pulak yang suruh kitaorang pilihkan.  ada ke patut?



masa kitaorang masuk entrance the weld, kepala memasing sedang fikir mana nak pergi.  sekali tu maliz cakap, "kita pergi situ nak?".  sambil tu jari dia tuding ke lower ground floor.  ok gak tu, kitaorang pun tak pernah try lagi.  so kitaorang pun menuju ke Proud Janny Restaurant & Cafe.


restoran ni kira baru lagi kat the weld tu.  kalau tak silap, dia start business bulan mac tahun ni.  sebelum ni dulu, restoran Deli France yang ada kat lot tu.  tu pasal lah kitaorang belum pernah makan kat situ lagi.


specialized in western food, mostly menu kat restoran tu ialah sandwiches, burgers & pastas.  makanan malaysia pun ada jugak, tapi tak banyak sangatlah.




anyway, maliz ordered Aglio Olio with Crispy Skin Salmon, Grilled Mushroom & Veggie Sandwich dan Alkalizing Tea.  fuh!  nama sikit punya gempaq!



si ziah ni selera melayu.  so dia ordered Nyonya Fried Mee Hoon dan lemongrass tea.  aku ordered yang sama macam maliz, tapi with sliced smoked chicken instead of salmon.  air pulak sama macam ziah.



food kat situ oklah, not bad.  insya'allah, next time mesti nak datang situ lagi.  nak cuba food yang lain pulak.  gambar dalam menu nampak menarik  ^_^

Ziah & me

tapi itu bukan agendanya semalam.  apa yang penting semalam ialah maliz happy dan kenyang.  lupa pulak nak tanya dia.  ko kenyang tak, k. maliz?  hehe..

note:  happy belated birthday to k. maliz.  semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang baik.  amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...