Sunday, December 9, 2012

melt in a pot

kalau disuruh pilih, memang dia takkan pilih.  dia akan ikut je.  itulah mr. hubby.  tiap kali birthday dia, aku lah yang pilih venue.  tak macam aku dan dina.  belum masuk tahun berikutnya dah siap pilih venue.  hehe...

sedang main Solitaire  ^_^

semalam aku cuba jugak tanya, nak celebrate kat mana.  mr. hubby bagi cadangan, aku pun bagi cadangan.  daripada 6 venues, we narrowed it down to 3.  and finally dia pilih this 'one' cafe.  aku pun dah buat reservation petang semalam.


bangun pagi tadi aku rasa macam nak tukar venue.  tempat yang mr. hubby pilih tu aku fikir macam 'lemau' je.  atau mungkin dia pilih kat situ supaya aku tak perlu bayar mahal kot?  sedih pulak aku kalau dia fikir macam tu.


bila aku bagitau mr. hubby nak tukar venue, dia kata ikut je.  kan aku dah cakap?  so aku call Mosaic dan The Living Room.  dua-dua restaurants fully-booked.  frust aku.  siapa yang punya birthday sebenarnya ni?  hihi!!!  finally we chose Melting Pot cafe, one of the venues that he mentioned yesterday.


kitaorang ambik hi-tea buffet.  senang kan?  ambik je apa yang nak.  ulang patpluhlima kali pun takpe nok...!  makanlah puas-puas.  sorry ya, tak banyak ambik gambar makanan.  asyik ulang-ulang dari meja ke station, lupa nak ambik gambar!  mana yang sempat je lah.

sejak bila jadi budak ni jadi pemalu?  ;)

brrp...!  dah kenyang.  jom balik.  masa sampai situ tadi elok je cuaca panas.  masa balik hujan sedang lebat.  alhamdulillah, hujan rahmat kot.

to mr. hubby, wishing you a very happy birthday.  we hope you enjoy the lunch.  dina & i love you so much.  xoxo.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...