Thursday, October 18, 2012

14 years

alhamdulillah, semalam genap 14 tahun perkahwinan kami.  syukur kepada Allah.

tak tau apa nak tulis mengenai anniversary ni.  sebab tiap-tiap tahun sama je.  cuma nak berterima kasih kepada mr. hubby for giving me such a wonderful 14 years.  thank you for everything.

since anniversary semalam, sepatutnya kami cuti semalam kan?  tapi aku tak boleh nak cuti sebab kena stayback.  so kitaorang pun applied cuti hari ni.


lepas zohor, kitaorang ke De Ja Vu Restaurant.  celebrate lah konon, padahal lunch!  hehe..  restoran tu pun dekat je dengan rumah, kat Dataran Jelatek tu je ha.


restoran tu kan, it was dimly lit inside.  romantic hokey?  ^-^  kalau nak terang tang tang, boleh duduk kat luar.  tapi kat dalam best, ada air-cond.  i like!  so aku pun takde lah ambik seketul gambar pun.  takut nanti flash dari handphone cap ayam aku ni akan memeranjatkan pengunjung yang lain.


tapi interior dalam restoran tu memang cantik.  cuma gelap sikitlah.  mungkin waktu malam baru restoran tu pasang lampu kot.  so gambar-gambar yang ada dalam entry kali ni adalah ehsan dari website de ja vu restaurant.  thank you de ja vu!  mak bagi iklan free nyah!  ^_^


from our observation, mostly pengunjung yang datang ke sini sebab nak menghisap shisha.  lagi pun, kat situ ada wifi.  tu pasal kat situ ramai students daripada adults.


anyway, the food we ordered was good.  bolehlah dijamah.  tak baik mengata mengenai makanan kan?  kalau tak suka, jangan pergi lagi ke kedai tu.  perlu ke nak complain?  sorry, dah ke laut pulak.


aku ordered creamy mushroom soup + de ja vu XL burger + mirinda strawberry.  mr. hubby ordered a set ~ mix lamb & chicken kebab with Persian rice + soup of the day + ice lemon tea.

alhamdulillah, balik rumah kekenyangan.  and we really enjoyed ourselves.  terima kasih Allah.

thank you Abang.  mahal na mahal kita. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...