Saturday, August 6, 2011

lu sapa? !@#$%^&*+=?

on the way balik petang semalam, aku dapat phone call dari nombor yang tak dikenali.  yang pasti, aku takkan angkat punya lah.  sekali tu, nombor yang sama hantar sms.  aku gelar orang tu 'psycho' je lah ya.  apa yang aku type ni memang sebijik-sebijik dari sms si psycho tu ok.  aku tak ubah sedikit pon!

psycho:  Spew ea?.ad npe tpn td??

aku:  I think u've got the wrong no.  I didn't call u.
{bila masa pulak aku telefon ko.  nombor ko pun aku takde.  aku check jugak dari list of dialled no. kot-kot ada, tapi memang sah takde!}

psycho:  ..npew??'ckit aq d0p fhm.  hahaha'ingt aq 0wg putih k'.ite kn 0wg mlayu'ckp la mlayu'..beng0n.

aku:       Alhamdulillah.
{e'eleh budak ni, lebih-lebih pulak.  siap mengata lagi.  aku malas lah nak panjang-panjangkan kes.  harap-harap psycho ni stop lah lepas ni}

psycho:  ..twu p0ng'.ite 0wg mlyu'ckp r mlyu'.ce ckp g0p'spew2 ea.??..

aku:  ....

apa hal pulak aku nak reply/cakap dengan ko?  ko sapa???  bulan ramadhan ni buatlah kerja yang berfaedah dan mendatangkan pahala.  Allah je yang tahu samada ko tu 'bengon' ataupun bingung daripada aku.  rasa menyesal pulak reply sms yang pertama tu.


tak lama lepas tu, aku dapat phone call dari no. yang lain pulak.  sama jugak, nombor yang aku tak kenal.  tak kuasa nak layan.  hangin jer aku.  nasib baik dah dekat time nak berbuka.  kalau tak, kurang pahala puasa sebab dah berbakul menyumpah dalam hati.

anak sapo lah agak eh tu.....!


2 comments:

  1. x yah layan org yg mcm ni...menghabiskan credit...je

    ReplyDelete
  2. Phat, betul tu. silap2, kita pun jadi sama 'bengon' macam dia :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...