Sunday, August 15, 2010

cookies delights

tahun ni nak jual cookies lagi ke tidak?  soalan tu dah berlegar-legar kat fikiran aku sejak 2 minggu sebelum puasa lagi.  bukan tak nak jual, tapi agak sibuk kebelakangan ni.  maklumlah, businesswoman.  hu..hu... bisnes tepi tingkap je.  ahaks!

yang buat hati tak sedap tu bila regular customer tanya jual biskut ke tidak.  jawapan aku ~ ~ takdo jawapan sebona eh.  sonyum kambing yo.  tak tau apo nak cakap!

 Photo courtesy from KOHALAL

aku start jual kuih raya ni sejak 2007.  aku ingat lagi, bila time raya, dina suka sangat biskut sarang semut keluaran Makcik Esah ~ kawan ibu mertua.   then, my mother-in-law suggested aku jual kuih raya kat office.  aku pun cuba lah.  alhamdulillah, sambutan menggalakkan.  raya 2008 jual lagi, makcik esah jugak lah my supplier.  at the same time, aku jual gak biskut yang nokmak buat macam kuih batang buruk & biskut parut. 

Photo courtesy from www.carigold.com

but for raya 2009 aku cuba supplier baru ~ Kak Ita.  rupa serta nama cookies nya glamor-glamor belaka.  tak done nak ambik kat makcik esah sebab kak ita ni ada banyak cookies, ada 14 jenis biskut kesemuanya.  anyway, bersyukur kepada Allah di atas rezeki, ramai gak yang order.  tapi yang tak syoknya bila ada satu orang customer kata, cookies yang dia beli tak sama rasa macam sampel.  tu yang buat aku berfikir banyak kali samada nak ambik kat kak ita ke tidak.  walaupun yang lain takde complain, tapi aku rasa tak sedap hati.

Photo courtesy from Ita's Delights

la ni dah 5 hari puasa.  kalau aku delay lagi, takde orang nak ambik aku punya order.  customer pun dah cabut & cari penjual cookies yang lain kan.  aku ingat aku ambik supply kat nokmak je lah.  tak payah pening kepala sebab dia ada 5 jenis cookies je.  abis cerita!

Photo courtesy from KLue KLassifieds

ADVERTISEMENT:  Craving for blueberry cheese tart?  Suitable for any occassion.  Anytime, anywhere.  Ring me @ 007-u-know-my-number

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...