Saturday, April 30, 2011

Ain Maisarah

hari sabtu memang best.  tambah-tambah lagi hari isnin public holiday.  pergghhh!  syok giler.  hari ni mr. hubby participates in a paintball tournament organized by his employer.  he left the house before 8.00 a.m.  aku dan dina tak ikut.  sapa nak ikut masuk hutan kan?  i'm sorry!

meanwhile, Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung selama 2 hari.  dina nak sangat pergi sebab nak beli novel baru.  sambil beli novel, dia nak jumpa penulis novel remaja popular, Ain Maisarah.  after dapat greenlight, so kitaorang berdua je yang pergi tadi.


we left the house at 9.30 a.m.  sampai PWTC, nampak tak ramai lagi pengunjung sebab kitaorang sampai awal pagi.  so kitaorang terus cari Kedai Pink Ain Maisarah.  dari jauh dah nampak booth dia dikerumuni ramai orang, especially teenagers.  cuma this time kurang sikit dari tahun lepas, mungkin masih awal lagi kot.


dina chose a set which comprises 4 novels, 3 mini novels, 4 postcards, 2 original manuscripts (not publish yet), a notebook and an exercise book.  then she had to queue to get Ain Maisara's signature.  sebenarnya, dah pernah dapat signature ain maisarah masa pesta buku tahun lepas.  saje je nak pijak carpet pink  berharga $400 yang husband ain maisarah bangga sangat tu  ^_^

dah dapat signature kitaorang terus balik.  sampai rumah was about 11.15 a.m.  tak pernah kitaorang keluar & balik secepat ni.  efficient!  mr. hubby pulak sampai rumah 45 minutes ago.  kesian, keletihan selepas berjuang...!

terjumpa Roziah Rejab kat pesta buku tadi after almost 21 years!


Monday, April 25, 2011

Secretaries Week Lunch

plan asal nak puasa hari ni.  dah siap sahur pun pagi tadi.  dalam 9.20 a.m. ada email dari Ms Joanna, one of the directors kat sini.  aku nampak title email ’Secretaries Week Lunch’.  tak ambik pot sangatlah sebab time tu tengah busy.  bila line dah clear, baru baca email tu.  rupa-rupanya ada lunch for all the secretaries in 24th floor ni. ingatkan esok lusa ke apa, sekali hari ni da..!  so puasa macam mana?  he..he… ^_^

from left:  Kai Shin, Lina, Nadia & Ida

reservation made for 12.45 p.m, tapi kitaorang bergerak ke Shangri-la Hotel almost 1.00 pm.  It took us between 5-10 minutes by walking.  aku, maliz, fiona, suhada, siti & adelin antara yang terakhir sampai.  sampai lemon garden, depa yang sampai awal dah start makan.  wei!  nampak menyelerakan.  jom makan!

from left:  Adelin, Yati, Pauline + Nadia


Lemon Garden serves international buffet with Chinese, Indian, Japanese & Italian cuisines, to name a few.  The spread is bountiful & lavish with the freshest ingredients.  walaupun tak sempat nak merasa semua food kat situ, itu pun dah memadai.  ditambah pulak dengan makanan 'bergossip' panas, memang kenyang.  kenyang giler nyah!


from left:  Suhada, Fiona + Maliz

sesapa yang mencari lunch buffet yang best, this is the place.  it's worth your every penny even though a bit expensive.  aku tak ambik gambar makanan sebab banyak sangat jenisnya.  so aku ambik gambar secretaries kat dept aku yang gojes-gojes belaka ni.  ada 2-3 kerat je lagi yang masih anak dara, yang selebihnya tu dah jadi mak dara.  hi..hi..  jangan marah ok?


from left:  Maliz, Yuen, me & Siti

last sekali aku datang lunch kat sini dengan Yuen, maliz, Fahzurah & Choo.  walaupun hal tu berlaku a few years back, tapi aku still tak lupa.  baru je habis bercakap pasal yuen, tak semena-mena yuen muncul.  speak of the devil!  macam mana dia boleh ada kat sini?  anyway, dia masih macam dulu, peramah & jovial.

to Ms Alice, thank you very much.  i had so much fun.   and i really appreciate that, really!


Tuesday, April 19, 2011

pengaruh Irma

aku tak pernah makan benda alah ni.  pertama kali aku kenal benda ni melalui blog Fazlinil Irma Mohamed Aki.  masa tu irma still kat london.  la ni dia dah balik malaysia dah.  last weekend aku tengok kat blog budak irma tu, dia pergi belajar buat benda ni dengan cikgu yang berasal dari negara asal benda tu.

tu yang buat aku curious sebenarnya.  sedap sangat ke benda alah tu?  aku ada ternampak benda tu dijual di Lemon2Go since aku hari-hari lalu kat situ masa nak balik.  benda tu memang cantiklah, macam-macam kaler ada.  kalau cantik, tentu sedap kan?  so untuk puaskan hati, aku telah pun membeli satu pack benda tu masa nak balik tadi.  apa dia tu?

tada...!


ha...!  itulah dia ~ macarons.  ia adalah sejenis biskut yang berasal dari France.  rasanya sedap, tapi manisnya tahap melampau.  boleh kena kencing manis nih!  seketul je aku mampu telan.  manis sangat!  

aku ada singgah di beberapa blog yang bercerita pasal macarons ni.  topic hot sekarang ni.  mungkin macarons ni trend makanan zaman sekarang kot?  agaknya lah...

note:  Irma, kalau kamu bercadang nak menjual macarons lepas ni, war-warkan dalam blog ya.  nanti boleh beli dari kamu je.  kata nak membantu orang melayu berniagakan?  ^_^


Sunday, April 17, 2011

12 days overdue

baru semalam mr. hubby ada kesempatan nak celebrate birthday aku.  sebenarnya baru ada budget.  he..he.. takpe, aku faham.  so macam biasa birthday girl kena pilih nak pergi lunch atau dinner beserta venue nya sekali.  so aku pun pilih lunch dan untuk venue, thai food of course.  but this time at Sri Ayutthaya Wangsa Maju.

a statue opposite the entrance

masa sampai kat situ, hujan renyai-renyai.  lepas parking, datang seorang waiter berpakaian traditional thai jemput kitaorang dengan payung.  "sawadeeka..", katanya sambil tersenyum.  hi. hi..  sukanya kitaorang, macam VIP rasanya.

tengah lapar giler masa tu.  so kitaorang ~ aku & dina telah pun order makanan dengan tak hingat.  nampak semua dalam menu menyelerakan.  after waiting for a while, waiter pun datang bawak makanan.  lepas satu, datang satu lagi.  datang lagi, dan lagi, dan lagi.  e'eehh, baru lah tersedar yang kitaorang telah mengorder lauk-pauk dengan agak banyak.  padahal, yang nak makannya tiga orang je.  so layan je lah gambar-gambar kat bawah ni ya.

deep fried fish cake

kerabu mangga

seafood tomyam

fried squid with hot basil leaves

blackpepper beef

sizzling honeyed prawn

taufu stuffed with crab meat

pandan chicken

for me, makanannya sedap-sedap belaka.  no wonder lah the restaurant's tagline is "authentic thai cuisine beyond the ordinary".  yes, it's true.  furthermore, the portion is quite generous.  so for rating, aku bagi 8/10 for food & service.  recommended!  tapi kalau orang lain rasa tak sedap, ada aku kisah?  hu..hu...!

tengah fikir berapa damages yang kena hi..hi...

selesai makan, semua dah tersandar.  zip kat pinggang pun dah ketat ^_^  dah macam ular sawa pun ya jugak.  hu..hu..  kenyang giler.  siap tapau balance yang tak habis.  kenyang sampai ke malam nyah!  yobo, goma uoyo.  saranghe!

oklah, nak bersiap dah ni.  nak pergi pavillion cari present yang overdue pulak *wink...wink*


Saturday, April 9, 2011

Lisa Surihani / Legenda Budak Setan / Ahadiat Akasyah

tahniah buat Lisa Surihani sebab menang pelakon filem wanita popular last week.  aku takde lah minat kat dia, tapi suka tengok muka dia yang comel tu je.  rasa-rasanya, dia menang sebab filem yang fofular tahun lepas tu ~ Lagenda Budak Setan.

sebut pasal Lagenda Budak Setan, aku ada tengok masa filem tu ditayangkan kat astro prima.  pada pendapat aku sendiri, film ni biasa-biasa aje.  takde lah gah macam promosi di media.  kenapa ya?  sebab pelakon-pelakonnya kah?  but for me, those 3 main actors i.e. Farid Kamil, Lisa Surihani & Que Haidar delivered very well.  tak kisah lah kan, Lisa Surihani pun dah menang best actress tahun lepas untuk filem tu.

Photo courtesy of Filem Wayang Baru

saje nak share.  sharing is caring kan?  hu..hu...  in my honest opinion, penceritaan filem tu agak kurengg sikit lah, sedikit hambar.  rasanya macam tak sampai ke hati.  he..he.. cam baguzzz je aku.  aku tau memang susah nak adapt novel to layar perak.  tak banyak film yang berjaya pun.  tapi rasanya kalau kena sentuhan dari K***r B****A sebagai pengarah, rasa-rasanya boleh menjadi kot.  ssyyy... silap-silap, boleh kena saman ni.

anyway, memang ada kenangan bila sebut tentang penulis novel ni, Ahadiat Akasyah.  aku ingat lagi peristiwa masa sekolah menengah.  masa tu berlangsung pesta buku selama seminggu kat dewan MPS.  mps ni seberang jalan je dari convent, tapi kena melalui satu padang yang besar untuk sampai ke dewannya.

Photo courtesy of Utusan Online

disebabkan minat sangat dengan novel-novel beliau ~ novelnya ke, atau novelistnya... hi..hi...  aku dengan geng almost every day dalam masa seminggu tu, pergi ke mps lepas habis sekolah.  bukan nak beli buku pun, saja je cuci mata ^_^  selain mintak autograph, nak bergambar dengan beliau.  bila ingat balik, memang kelakar lah.

zaman dulu-dulu, novel lah obsession kitaorang.  takde nak men'tenet' macam sekarang ni..!

Tuesday, April 5, 2011

ia datang lagi...

Photo credit to ManyWallpapers.com

alhamdulillah
aku bersyukur
masih lagi diberi kesempatan
bernafas di atas bumi ini
walaupun terkadang
aku lupa dan alpa

terima kasih Allah
untuk segalanya
Kau berikan lagi
kesempatan ini...